Friday, October 30, 2015

Sekali Lagi Aku Berhijrah

Sesi persekolahan 2015 tinggal beberapa minggu saja lagi.Namun telah ditakdirkan rezeki saya dapat bertukar sekolah di waktu-waktu sebegini.Kuatkuasa pertukarannya dah sebulan berlalu, namun untuk memberi laluan kepada UPSR pada September yang lalu, maka surat arahan pertukaran ni diterima lewat sebulan. Apapun, saya telah melapor diri dan mula bertugas di tempat baru. Alhamdulillah, syukur sangat sebab dapat dekat dengan rumah, berbanding sebelum ni jarak dari rumah ke sekolah 84km dua hala dengan sekarang yang hanya 18km dua hala.Walaubagaimanapun, masih perlu keluar awal macam biasa sebab selepas menghantar Sarah ke SMK Seri Tualang, saya harus berpatah balik ke bandar dan perlu menempuh 7 lampu isyarat termasuk lampu isyarat depan sekolah.

Tahun ni adalah tahun ke 15 saya mengajar di Pahang dan pertukaran kali ini adalah sekolah yang kelima. Moga hari ini dan seterusnya lebih baik dari hari-hari semalam dan semoga saya dapat menjalankan tugas dengan rasa tenang dan tidak berada di dalam keadaan yang cemas dan terburu-buru sebelum ni. Moga Allah memberi kesihatan yang baik dan kekuatan semangat dalam meneruskan agenda yang belum selesai..dan semoga "Hijrah" saya pada kali ini direstui oleh Allah serta mendapat keberkatan dan perlindunganNya..Selamat tinggal SKFD..Memori duka dan pahit yang dikumpul di sini menjadikan saya seperti saya hari ini, lebih matang,terbuka mata dan fikiran, dan yang lebih penting membuatkan saya lebih kuat untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Sedikit yang manis,tetap menjadi kenang-kenangan yang terindah.Apalah yang ada pada pertemuan,jika madu tiada manisnya dan apalah sakitnya pada perpisahan, jika hempedu tiada pahitnya..

#pelikdanhairandengansikapkorang#

No comments:

Post a Comment