Thursday, December 11, 2014

Bahaya Rumpai Miang Mexico

Rumput atau Rumpai Miang Mexico atau nama saintifiknya parthenium hysterophorus kini sedang hangat hangat diperkatakan kerana ianya dikatakan boleh menyebabkan penyakit kulit yang serius.Tumbuhan renek yang mempunyai bunga berwarna putih itu didapati boleh mengundang pelbagai jenis penyakit kepada manusia, binatang serta mengganggu biodiversiti tanaman. Tumbuhan ini mempunyai ketinggian antara 1.5 meter dan dua meter. Bunga dan daunnya agak cantik dan mudah menarik perhatian tapi jika manusia menyentuhnya, tumbuhan yang juga dikenali sebagai “World Worst Weed” atau “Rumput Paling Teruk” ini juga boleh menyebabkan pelbagai impak negatif yang akan menjejaskan produktiviti tanaman, alahan atau allergy kepada manusia dan juga haiwan ternakan. Tindakbalas alahan rumpai ini kepada manusia boleh menyebabkan demam, asma, photodermatitis (sakit pada kulit),ruam pada kulit, kulit mengelupas, mata membengkak serta akan menyebababkan gatal-gatal pada mulut dan juga hidung.Ia juga boleh menyebabkan batuk yang berterusan, selsema serta ekema.Manakala tindakbalas terhadap haiwan pula dikatakan dapat menyebabkan anoreksia, proritus,alopecia, dermatitis dan juga cirit-birit pada haiwan. Dari segi marfologinya, pokok ini kelihatan seperti pokok Ulam Raja. Oleh itu, kepada penggemar Ulam Raja, dinasihatkan berhati-hati, jangan sampai tersalah pokok pula untuk dibuat ulam,ok!


Rumput@Rumpai Miang Mexico

Bunga Rumput@Rumpai Miang Mexico

1 comment:

  1. Baru dgr pasal rumput ni. Mcmana rumput ni boleh ada di negara kita ya?

    ReplyDelete