Saturday, August 23, 2014

Sambutan Hari Raya Peringkat SK Felda Bukit Damar

Hari ini adalah hari persekolahan ganti untuk cuti perayaan Deepavali nanti. Sekolah kami dan beberapa sekolah di persekitaran telah merancang dan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah. Seperti biasa, murid-murid akan berpakaian cantik dan berwarna-warni serta membawa seorang sedikit juadah yang mampu disediakan oleh ibu bapa mereka. Betul kata pepatah, muafakat membawa berkat. Makanan yang dibawa seorang sedikit, apabila dikumpulkan, menjadi banyak dan berlebihanlah pulak.Namun begitu, pihak sekolah tetap juga menyediakan makan untuk murid-murid seperti nasi impit dan kuah kacang dan juga rendang ayam. Buah-buahan pun banyak. Tak perlu beli, semuanya dibawa oleh murid-murid dan juga guru-guru.

Dalam kesibukan berhari-raya, pihak sekolah sangat berdukacita dengan kemalangan kecil yang menimpa Guru Penolong Kanan Pentadbiran kami iaitu Cikgu Arbain Musa kerana terjatuh dalam longkang ketika bercakap di telefon sehingga menyebabkan siku beliau mengalami masalah. Walaupuntelah dibawa ke tukang urut dengan segera oleh Ustaz Marzuki (GPK Ko-kurikulum), keadaan Cikgu Arbain masih belum pulih sepenuhnya. Kita doakan agar Cikgu Arbain cepat sembuh dan kembali bertugas seperti biasa,ok?

Inilah beberapa keping gambar yang sempat saya rakamkan pagi tadi. Comel-comel semuanya anak-anak murid cikgu ni..Sebahagian besar daripada mereka teruja untuk memasuki pertandingan peragaan busana muslim. Hmmm.. sebab tulah ramai yang melaram mengalahkan cikgu tu!



Ni mak murid dengan anak-anak murid...
Ibu Purple dengan anak-anak purple,haha..



Comel-comel belaka

Ustaz Azmirudin menunjukkan kepakarannya....
 membuat Kuih Kocok @ Chakoi@ Kayu Keramat dan menjamu kami semua makan
Murid-murid berkumpul mendengar taklimat dari guru
Makan bersama-sama






1 comment:

  1. cikgu saya ex student skbd.. ya allah rindu nye saya kat skolah nie..dah 6 thun tggalkan zaman sk nie..tringin nk jd pdidik kat skbd

    ReplyDelete