Saturday, May 17, 2014

Sambutan Hari Guru 2014

Tahun ini adalah tahun yang kedua saya menyambut perayaan Hari Guru di Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Damar. Tahun ini walaupun disambut dengan cara yang sangat sederhana namun kemeriahannya tetap terasa. Terima kasih juga kepada Cikgu Ahmad Shafie yang turut hadir memeriahkan lagi majlis walaupun beliau sepatutnya telah bertukar ke SK Keratong 8, dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar. Kesan dari kemalangan kecil yang dihadapinya lebih kurang sebulan lebih yang lalu, menyebabkan beliau masih diberi cuti sehingga 19 Mei,2014.Kami warga SK Felda Bukit Damar mengucapkan tahniah kepada Cikgu Ahmad dan semoga berjaya dan sukses dalam menerajui kepimpinan organisasi sekolah yang telah diamanahkan kepada beliau.

Terima kasih kepada Su, Kak Nor & The Gang yang bersusah payah menyediakan jamuan pada hari tersebut.Terima kasih juga sekali lagi kepada Cikgu Ahmad yang membelanja kami makan Sambal Hitam dan juga Puding Tembikai Susu.Ringkas sahaja menu kami pada hari tersebut, namun tetap menyelerakan.
Sebahagian daripada guru-guru yang sempat bergambar

Napa kaki Liza terangkat tuuu?

Seriusnya Cikgu Sidah kita ni..

Cikgu Aba'in cengkelat...
ada ke sendal bola tu kat hidung dia..!!

Happy jer GB kita ni.....

Semua sedang fokus nampaknya..


Persembahan murid

Peace...not war!!

No comments:

Post a Comment