Monday, June 24, 2013

Sibuklah Kononnya

Dalam bulan Jun ni, hari ni adalah hari keempat saya datang ke sekolah secara rasmi. Lepas cuti semester yang baru lepas, saya terus ke Terengganu, mengikuti kursus Pendidikan Seni Visual di Permai Inn Kuala Terengganu. hari Jumaat terus ke sekolah. Pastu hari Rabu sampai hari Sabtu 22 Jun pula saya menghadiri kursus Pendidikan Seni Visual untuk peringkat Daerah pulak. Hari ni barulah ke sekolah.Tapi esok sampai Jumaat, saya tak ada di sekolah lagi.Hari Isnin minggu depan baru balik ke sekolah. Tu pun untuk dua hari saja.Kalau jadual tak berubah, saya ke Kuala Lipis pulak selama 3 hari. Balik dari Kuala Lipis, saya perlu bersiap-siap pulak untuk kursus yang lebih panjang masanya. 7 hb dah kena mendaftar dan kalau panjang umur, 2 Ogos baru balik semula ke sekolah.Kesian kat rumah saya,kesian kat orang di rumah saya,kesian kat kain baju yang tinggi menggunung,menjerit-jerit minta dilipat dan digantung,ahaks! Kesian kat Sarah sebab berpuasa tanpa Umi tahun ni. Apapun, insyaAllah akan balik setiap minggu sebab taklah jauh sangat, cuma lebih kurang dalam sejam lebih je jaraknya. 

Tapi tak sangka betullah, jadual keluar sejak buka sekolah hari tu padat sangat. Apapun, syukur juga sebab walaupun padat, tarikhnya tersusun dan tidak bertindih. Walaupun dah senang hati tak payah pergi ke kelas di Tanjung Malim, tapi tetap susah hati sebab tesis tak submit lagi.Kena pulun gilerlah nampaknya ni..Boleh siap ke tidak entahlah kalau macam ni lah gayanya...!


Sempat memborong Sata Kelulut masa dalam perjalanan balik
 dari Permai Inn - gambar ehsan dari Zuerra Shaikh Mustafa, hehe..


Corak baju yang dihasilkan semasa Kursus PSV
Daerah Temerloh

No comments:

Post a Comment