Monday, June 24, 2013

Anakandaku Ilyas Merantau Lagi

Kalau saya suka buat perancangan atau bertukar rancangan di saat-saat akhir,nampaknya anakanda saya Muhammad Ilyas nipun dah macam nak mengikut jejak jer nampaknya...,hehe..Masa mengisi borang UPU online, saya dan Muhammad Ilyas, sama-sama mengisi dan memilih kursus yang ingin dipohon. Secara jujurnya, inilah pengalaman pertama mengisi borang UPU kerana Muhammad Ilyas adalah anak saya yang pertama. Kami mengisi kursus yang bersesuaian dengan keputusan SPMnya. Walaupun tak boleh nak mohon program degree dalam bidang architecture, beliau tetap nak mohon kursus-kursus yang ditawarkan dalam fakulti senibina (lebih kurang macam tulah ).Saya letak jer secara rambang kursus yang dipohon, tanpa mengikut keutamaan. Rupanya, baru saya perasan, pilihan pertama yang saya letak adalah Program Diploma Ukur Bangunan. Saya tak google pulak dulu tentang program tu tengok kelebihan, kekurangan atau peluang pekerjaan yang ada.Selepas dia dah pergi temuduga dan dapat tawaran di UiTM, barulah saya semak betul-betul tentang kursus tu.Susah hati saya membacanya kerana program ni memang bagus dan di Universiti Malaya juga turut menawarkan kursus atau program ini di peringkat sarjana muda, malangnya di Malaysia orang masih kabur tentang Juru Ukur Bangunan. Saya sendiripun sebelum membuat bacaan dari beberapa laman web,tidak faham tentang tugasan-tugasan serta peluang Juru Ukur Bangunan sebenarnya.

Saya memujuk anakanda saya supaya memilih saja tawaran dari Kolej Matrikulasi namun dengan tegasnya dia tetap dengan pendiriannya. Setelah difikir-fikir, sayapun tidak mahu memaksa lagi takut dia tidak puas hati dan tak boleh belajar pula nanti.Pada 27 Mei,sepatutnya hari pendaftaran di Kolej Matrikulasi, berlalu begitu sahaja kerana saya ke UPSI dan suami saya sangat sibuk minggu tu kerana ada DOSH Inspection. Memang sibuk giler, hinggakan sekejap-sekejap saja ada di rumah.Walaupun akur dengan keputusan anakanda saya, tapi hati saya tetap tidak tenang. Saya minta untuk tengok semula surat tawaran matrikulasinya. Kursus yang ditawarkan adalah program satu tahun sains. Tak tengokpun surat tu sebelum ni sebab memang nak ke UiTM Iskandar mendaftar pada 2 Jun,2013.Agaknya lepas dia sendiri baca tulisan-tulisan dari bekas graduan yang mengambil program ni,dia menyatakan persetujuannya untuk ke Kolej Matrikulasi.

Ya Allah, tertekan betul saya dibuatnya. Masa kita pujuk dia elok-elok, dia tak nak pergi, dah lepas 2 hari tarikh mendaftar, baru cakap nak pergi. Saya terus telefon ke Putrajaya Bahagian Matrikulasi. Jawapan dari yang mengangkat telefon, memang menyakitkan hati dan mengecewakan. Saya tak tahu nama dan pangkat orang yang menyambut panggilan saya. Saya tetap tak putus asa. Saya buat ke panggilan ke kolej berkenaan pula.Lagi sakit hati...entah berapa kali call sampai abis deringan, tapi tak siapa yang jawab. Saya terus taip surat, dan fax ke pengarah kolej. Cuba call semula petang tu, dan difahamkan bahawa fax telah diterima dan tunggu keputusan pihak atasan.Memang rezeki dia nak ke Kolej Matrikulasi,anak saya diminta mendaftar pada hari Jumaat, 31 Mei sebelum jam 10.00 pagi. Suami tak dapat menghantar juga, jadinya saya 4 beranak naik kereta sewa ke  Pengkalan, hari Khamis malam Jumaat tu juga.


Program 1 tahun memang agak padat, semoga Muhammad Ilyas tidak mensia-siakan peluang ini dan terpaksalah bekerja keras untuk mendapat pointer yang baik supaya diterima masuk ke  mana-mana universiti tahun hadapan mengikut kursus yang dicita-citakan.Walaupun seronok kat situ kerana ex starian berbelas-belas orang ada kat situ sama juga dari SMK Seri Tualang, ini bukan masa untuk "honeymoon", tapi masa untuk berjuang demi masa depan yang sempurna.

No comments:

Post a Comment