Tuesday, January 22, 2013

Tahu macam mana sakitnya bila kena denggi...

Hari ni genap hari ketiga saya demam..Bermula pada senja Ahad yang lalu,semuanya berlaku secara tiba-tiba..badan menyucuk-nyucuk dan naik seram sejuk. Lepas tu memang betul-betul sejuk yang tidak pernah saya rasakan dalam hidup saya.Anak-anak saya selimutkan saya dengan 4 helai comforter tebal,tapi masih menggigil di bawah selimut. Badanpun beransur panas dan semakin panas berapi sehinggakan saya tidak boleh membaca dengan betul tulisan di kaca tv yang terpampang di depan saya di dalam bilik. Saya jadi flat terus.Tak berdaya nak bangun, berjalan dan sebagainya. Saya terus teringat pada gegala demam denggi sebab saya pernah mengalami demam denggi yang teruk pada tahun 2004.Esoknya saya tak pergi bekerja dan dalam pukul 11.00 pagi saya dihantar suami dan ditemani anak ke Hospital Hj Ahmad Shah Temerloh.Air mata memang meleleh menahan sakit segala sendi-sendi.Bermula dari pangkal peha ke bawah, "lumpuh" rasanya...sakit yang teramat sangat,lenguh,bedenyut dan menyucuk sepanjang masa.Masa saya diperiksa di situ,saya memang masih demam lagi, maka sebab itu saya diarahkan ke Bilik 1 untuk diberi ubat. Apa yang saya nak perkatakan sebenarnya di sini, saya rasa nak maki hamun dan bagi penampar je kat Dr yang merawat saya tu sebab saya kata saya tak pergi kerja hari ni sebab demam sangat-sangat serta tidak berupaya memandu kereta dan berharap beliau mengeluarkan sijil cuti sakit buat saya."Tak boleh puan,puan belum disahkan demam denggi"..apa lah kejam dan bangangnya doktor muda ni,saya berkata di dalam hati,sambil bergenang air mata..Dah la sakit badan,sakit hati yang amat-amat sangat lagi.

Kalaulah saya memang sengaja nak mc "free" tu saya akurlah jugak.Memanglah saya belum disahkan demam denggi,tapi saya demam yang teramat sangat sejak Ahad.Saya mengerang dan mengalir air mata sebab terlalu sakit.Dah dua malam tak tidur.Segala macam pain killer saya makan,tapi tak jalan,cuma kalau ambil panadol tu bolehlah bertahan lama sikit.Sekarang ni kaki sakit pulak bekas kena picit.Dah dua hari anak saya Aisyah tak ke sekolah kerana menjaga saya(sebenarnya dia suka tak ke sekolah tu,hehe).Dari pagi tadi,demam dah tak berapa kuat, tapi ni dah mula rasa sejuk dan badan badan menyucuk-nyucuk semula.Saya demam denggi tahun 2004 dulu memang teruk,terlantar terus tak leh bangun beberapa hari,tapi demam kali ni adalah demam yang paling teruk pernah saya alami dalam hidup saya. Kalau ikut perkiraan saya, saya kena demam denggi baru sekali,tapi masa  dapat keputusan darah positif denggi dulu,saya masih ingat pegawai perubatan tu bagitau saya,"Puan,kalau ikutkan keputusan darah puan ni,puan dah kena denggi kali yang kedua".Takkan nji kali yang ketiga kot.Tadi saya pergi ke klinik swasta,saya nyatakan simptom2 yang saya ada,termasuklah ruam merah pada kaki saya.Dr kata,confirm saya mesti buat ujian darah esok!

1 comment:

  1. assalamu alaikum
    saya ingin bertanya

    saya dh 3 hri demam sakit seluruh badan menyucuk2
    tulang saya pun sakit sangat..kepala saya berdenyut2 juga rasa amat lemah,kadan2 rasa luya tpi tk ada muntah,tpi tk ada ciritbirit...atau muntah,atau gatal2,,macm mana nk tahu saya ni demam biasa atau demam denggi...boleh tolong bagi tahu ke??

    terima kasih

    ReplyDelete