Tuesday, January 15, 2013

Dalam Kebenaran Ada Kesilapan

Dalam kebenaran,kadang kala ada kesilapannya..Setuju tak dengan ungkapan ni?Bagi saya,kadangkala yang kita rasakan benar,ada juga kesilapannya.Namun kita sebagai manusia yang dikurniakan akal dan fikiran yang boleh berfikir dengan baik pastikan akan membuat atau memilih apa yang dirasakan benar walaupun kebenarannya belum tentu seratus peratus.Begitulah kita berdepan dengan kehidupan kita..kita akan mencuba dan membuat sesuatu yang kita rasakan yang terbaik walaupun darjah kebenaran atau ketepatannya belum dapat dibuktikan.Kita hanya boleh berusaha dan berikhtiar untuk sesuatu yang terbaik walaupun sebenarnya tanpa disedari, kita telah melakukan kesilapan.Kita rasa kita silap apabila kesan daripada tindakan kita itu telah menyakiti diri sendiri atau orang lain.Yang pastinya,kita hanya boleh berusaha,berikhtiar serta memilih dan selebihnya baru serahkan kepada Allah yang Maha berkuasa agar segala langkah kita berada dalam bimbingan,restu dan rahmatNya selalu...

No comments:

Post a Comment