Wednesday, June 6, 2012

Kucing-kucing Kesayanganku

Masa saya dan adik-adik masih kanak-kanak, keluarga saya banyak memelihara kucing. Bermacam-macam jenis kucing. Masa tu kucing siamlah yang cantiknya. Tapi mengikut pengalaman kami masa dulu, kucing Siam ni cerewet sket nak jaga. Mudah sakit dan kurus jer, tak tahulah kenapa, berbanding dengan kucing tempatan biasa, lantaklah kau nak duduk di mana, makan dan minum sebarang, tapi tetap sihat dan kuat. Mula-mula tu memanglah ada seekor dua je kucing di rumah tu, tapi akhirnya jadi berbelas-belas ekor sebab beranak pinak, dicampur pulak dengan kucing yang tidak bertuan. Kucing tidak bertuan atau pendatang ni, kalau sekali kita beri makan, alamatlah hari-haripun dia akan datang. Makanan diaorang ( kucing2 tulah!), nasi dengan ikan jer, tak der macam sekarang ni, Whiskas lah, Prodiet lah dan berpuluh-puluh macam jenama makanan kucing lagi yang ada kat pasaran tu.Ayah saya yang paling rajin memberi kucing-kucing tu makan.Digorengnya ikan kembung rebus, lepastu ditumbuk sebelum dicampur dengan seperiuk nasi!Masa ayah menumbuk ikan tu,fuhhh,macam-macam bunyi ada,semuanya menunggu di tepi ayah.Dalam banyak-banyak ekor kucing tu, masih saya ingat satu dua nama kucing yang menjadi kesayangan kami seperti Shira,Shiro,Shiri, (ketiga-tiganya kucing Siam ) dan juga Chat.Chat ni sempena kakinya yang cacat dilanggar kereta mak saya. Kucing-kucing ni suka duduk bawah kereta,terutamanya atas tayar.


Memelihara kucing ni memang seronok dan kadang-kadang boleh menjadi terapi.Walaupun dia tak faham apa kita cakap dan tidak membalaspun percakapan kita, tapi siapa yang memelihara kucing pasti akan dapat merasakan pertalian perasaan yang wujud dengan kucing-kucing tersebut. Cuma,ada beberapa perkara yang saya tak suka apabila  terlibat dengan dunia kucing ni. Pasal berak dan kencing kucing-kucing ni tak ada masalah kalau kita ajar dan aturkan dengan betul, ( kecuali kucing jantan,suka dia je nak sembur kat mana...)  saya tak suka mereka merosakkan perabot dengan kuku-kukunya, dan bulu-bulunya yang melekat pada pakaian..nak solat kena tukar.Namun yang paling saya tak suka, bila kucing-kucing tu sakit atau mati kena langgar kereta...sedihnya terasa berhari-hari, berminggu-minggu,biarpun yang mati tu hanyalah seekor kucing!Bila dah sayang,susah betul...binatangpun kita sayang, apatahlagi kalau berpisah dengan manusia yang kita sayang!Lepas saya meninggalkan Bidor pada tahun 1990,saya tidak lagi terlibat memelihara atau memiliki walau seekorpun kucing, sehinggalah hujung tahun lepas, hati saya terpaut pada seekor kucing terbiar di sebuah klinik berdekatan di sini.


Hati sangat terpaut padanya sebab masa saya menunggu untuk masuk ke bilik doktor, dia naik dan duduk di atas riba saya. Staff di klinik tu pulak menggalakkan saya membawanya pulang sebab setiap hari menempel di klinik tu.Walaupun terbiar, Che Kinah (nama yang saya berikan),bulunya bersih dan tak ada sebarang kurap ke apa. Di situlah bermulanya kembali penglibatan saya dengan dunia kucing. Tak lama lepas tu, Kinah beranak 3 ekor yang diberi nama Tiger,Coco dan Princess. Tak lama lepas tu,anak saya Sarah jumpa pulak seekor anak kucing dalam longkang depan rumah. Kecik sangat masatu, mungkin berusia dalam 3 minggu. Terpaksalah menjadi "ibu susu" pulak kepada anak kucing yang diberi nama Oren tu,hehe..Beli susu,beli botol dan sebagainya..Bukan manusia jer, kucingpun,bila dalam usia macam tu kalau tak dapat susu ibunya, minum susu tepung, selalu sakit dan tak sihat, satu kerja pulaklah saya membawanya ke klinik haiwan.Minggu lepas, datang seekor lagi ke rumah kami, Danny namanya, diberi oleh kakak ipar saya. 6 ekor dah semuanya, rasanya dah cukup sangat-sangat.Che Kinah dengan anak-anaknya tak boleh langsung bersua muka dengan Si Oren yang datang dari keturunan lain,apalagi dengan Si Danny yang berbulu panjang, lebat dan kembang. Kat rumah ni ada 3 "port" yang berbeza untuk kucing-kucing ni,kalau tidak,tahulah apa yang terjadi..Pasaltulah ada yang duk dalam cage, dan ada yang duk di luar..Tapi Danny sangat mudah menerima persekitaran yang baru,makan tak banyak, letak jer dry food dalam pinggan,dia akan makan sikit-sikit sambil-sambil singgah jer. Buang air pandai ke bilik air. Manja sangat-sangat...main-main, makan, tidur..tu je lah...nak tangkap tikus, sorrylah, dengar miau si Kinah jer, dah lari duduk bawah katil!





Danny...




Che Kinah & Anak-anak ( Princess, Tiger & Coco )

1 comment:

  1. Danny dah mati, sakit..Tiger hilang,Cocopun mati sakit..Tapi Che Kinah ni punyalah biak sampai sekarang ni terpaksa bina reban untu kucing,alahaii!

    ReplyDelete