Thursday, February 2, 2012

Cuti Raya Cina Dan Fenomena Che Kinah

Dah lama tak dapat bercuti dan berkumpul adik-beradik dengan bilangan yang cukup, namun cuti raya cina baru-baru ni meriahlah jugak walaupun tak semua yang balik. Tak semua balikpun, cucu-cucu mak dan ayah dah besar-besar panjang semuanya, cuma Norisyam saja yang ada baby...Bila tidur malam, penuh dan padat satu rumah, dari depan sliding door sampailah ke dapur..cuma saya dan suami jer yang tidur dalam bilik..memang dari  zaman bujang dulu,yang sembilan orang member serumah selalu gak ramai-ramai tidur di ruang tamu, saya tetap tidur di dalam bilik ( walaupun bilik tu kecik jer..hehe). Berbalik pasal lama tak jumpa, anak-anak sedara yang kecik2lah yang menjadi "permainan" kami, naknya Adra Az-Zahra..mak ai,chubbynya,tak caya tengok gambar kat bawah ni...hehe..

Ni nak cerita pasal Che Kinah pulak...Saya ni dah berpuluh-puluh tahun tak pernah memelihara kucing melainkan masa zaman bebudak dulu..masa zaman sekolah, berbelas belas ekor kucing yang kami pelihara..Kebanyakannya kucing orang datang..bila kita bagi dia makan sekali, dianggap rumah kitalah tempat tumpuan rezekinya..Masih ingat lagi bagaimana ayah menumbuk ikan kembung rebus goreng untuk dicampurkan dengan nasi dan diberi kepada kucing-kucing tu makan..masa ayah menumbuk ikan tu,kucing-kucing yang ada semua rancak bercakaran dan mengiau sama naik dengan bunyi lesung batu ayah menumbuk..tapi Che Kinah,"ahli keluarga baru" kami ni tak maunya makan ikan goreng macam tu..nak makanan yang dibeli dari pasaraya tu jer..hehe,tulah pasal kalau dah diajar..tapi tak apa,asalkan bulunya cantik dan bersih sebab cukup zat, taklah  risau nak dipegang dan diajak bermain oleh anak-anak saya. Oleh kerana kami nak balik bermalam di Perak lebih dari semalam, maka anak-anak mengambil keputusan nak bawa Che Kinah bersama..Memang serik,tak tau nak duduk diam kecuali bila dah beberapa lama dalam kereta dan dah sejuk dek penghawa dingin,barulah dia duk diam,biar diselimut dari ujung kepala sampai ke kaki sekalipun..anak-anak saya tak biasa dengan apa-apa binatang sebelum ni,jadi kehadiran Kinah di rumah ni sekarang, kami sekeluarga seolah-olah dilanda fenomena Kinah. Pagi petang siang dan malam,semuanya about Kinah!Kinah tak lama lagi nak bagi kitorang baby lak tu,adesss!






Zahra yang chubby!

Che Kinah!

No comments:

Post a Comment