Sunday, November 27, 2011

Lawatan Ke Terengganu Hadiah JPN Pahang

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah, diatas kemenangan SK Tg Batu untuk Pengurusan BOSS Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2011,sebagai menghargai kejayaan sekolah ini, pihak JPN turut menghargai usaha-usaha warga SKTB dengan menaja tambang rombongan lawatan sambil belajar ke destinasi yang kami pilih iaitu Kuala Terengganu.Namanya musim hujan, rombongan kami juga beserta dengan hujan.Dari 21-23haribulan di sana,kami terpaksa meredah hujan,kalau tak program tentu akan tergendala.Boleh dikatakan hampir langsung tak nampak matahari selama kami tiga hari tu..Hujan-hujan, perut laparlah..budak-budak ni mewah dengan makanan dan minuman.Kelakarnya, sepanjang perjalanan kami, entah berapa kali pemandu bas kami perlu berhenti untuk singgah di tandas-tandas awam.Pulak tu, kalau sorang yang nak turun, hampir semua budak-budak ni singgah di tandas,termasuklah cikgu-cikgu dan juga pengiringnya..hehe..Syukur semuanya selamat dan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku walaupun kami buat lawatan dalam suasana cuaca yang tidak berapa elok.Sekali lagi, terima kasih untuk pihak JPN Pahang,terutamanya  Encik Sa'don Samingan yang ketika itu Unit SPBTnya diuruskan oleh beliau. Selamat kembali ke Maran dan semoga terus membina kecemerlangan bersama PPD Maran pulak..Jangan lupa saat-saat manis bersama SKTB Temerloh,ya..





1 comment:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete