Friday, September 9, 2011

Selamat Maju Jaya SKTB

Assalamualaikum pembaca dan juga blogger semua..Kita masih di bulan syawal dan sambutan hari raya serta rumah terbuka masih rancak berjalan di sana sini. SK Tanjung Batu seperti juga sekolah-sekolah yang lain di seluruh negara tentunya sedang membuat persiapan dan juga persediaan terakhir untuk murid-murid tahun enam menduduki peperiksaan UPSR..Cikgu ucapkan selamat menempuh peperiksaan dan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang nanti. Di samping itu, selamat maju jaya juga diucapkan kepada Unit SPBT dan B.O.S.S SK Tg Batu terhadap pemantauan kali kedua oleh pegawai-pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia yang dijangkakan pada hari Khamis minggu depan.

No comments:

Post a Comment