Sunday, August 21, 2011

Durian Oh Durian

Suka makan durian? Saya memang gemarkan durian, terutama durian yang isinya tebal, manis dan bijinya nipis sert kecil sahaja. Namun saya telah kehilangan nikmat untuk menjamahnya banyak-banyak kerana menghidap darah tinggi. Baru-baru ni pergi Kemaman, di rumah seorang kawan, kami sekeluarga dijamu dengan durian. Isinya manis, tebal dan bijinya kecil serta nipis. Pendek kata, memang betul-betul sedaplah.Saya dan suami makan 2 biji kongsi berdua..Masa makan memang tak rasa apa-apa,tapi bila tengah malam, rumah rasa berpusing! Lepas tu saya dah tak berapa berani nak makan durian . Dalam bertiga anak saya, Ilyas langsung tak boleh cium bau durian, Aisyahpun tak makan durian, tinggal Sarah saja yang makan durian tapi taklah gemar sangat.Kalau beli durian, dua biji dah memadai di rumah kami.

Bila bercerita pasal durian, pernah tengok pokok durian seperti yang dalam gambar di bawah ni tak? Seorang kawan yang mengirimkan gambar-gambar ni melalui emel, tapi emel ni dah agak lama dan tidak pula dinyatakan di mana lokasi gambar-gambar ni diambil. Kalaulah dapat pokok macam ni, sebatang pun dah cukup untuk di tanam di belakang rumah.











No comments:

Post a Comment