Wednesday, August 31, 2011

Pemimpin Dan Kepimpinannya


Pemimpin dan kepimpinan adalah sangat penting dalam kehidupan kita. Paling asas, kita berjaya menjadi pemimpin kepada diri kita sendiri ke arah kebaikan. Kita mesti bertanggungjawab untuk memimpin diri kita sendiri sebelum menjadi pucuk pimpinan apa sahaja di dunia ini, dari sekecil-kecil organisasi sehinggalah kepada yang paling utama. Bagi saya, berjaya atau tidaknya sesebuah kumpulan atau badan juga  organisasi itu adalah tanggungjawab pemimpin dan corak kepimpinannya.  Permulaan kejayaan adalah kejayaan seorang suami, seorang bapa yang mentadbir keluarganya di rumah. Keberkesanan kepimpinannya akan terpancar melalui keadaan dan  kedudukan institusi keluarga yang dipimpin itu. Kejayaan atau kegagalan dari  situ akan memberi impak dan akan diwarisi terus menerus  dan menjalar ke sebuah organisasi lain yang di   luar institusi keluarga.

Pemimpin yang yang berjaya adalah pemimpin yang berfungsi dan berjaya mengatasi apa jua rintangan yang dihadapi dan dapat membuat keputusan yang tepat bagi dalamapa jua keadaan. Walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan, kepimpinan yang tegas dan cemerlang mesti disokong oleh semua pihak yang berada di bawah pucuk pimpinan. Ibarat sebatang pokok, cuba kita renungkan, setiap dari satu daripada bahagian yang terdapat pada pokok itu perlu berfungsi.Dari batang pokok yang besar sehinggalah kepada rantingnya sekalipun, tetap mempunyai fungsi dan peranan yang tertentu. Begitu juga dengan manusia, setiap daripada kita ada peranan masing-masing.Sekecil-kecil peranan sekalipun, harus berfungsi untuk menentukan bahagian-bahagian atau organisasi tertentu itu terus berfungsi dan sejahtera. Apa peranan kita, dan apapun tugas kita, kita perlu melunaskannya mengikut keadaan yang diperlukan dan yang telah ditetapkan..Jika tidak, akan pincanglah taupun berakhir serta runtuhlah sesebuah institusi itu

No comments:

Post a Comment