Monday, August 15, 2011

Jangan Kurang Ajar

Ragam kurang ajar manusia ni, kalau datang dari golongan yang tidak berilmu, kita tentu sedia maklum..Tapi bagaimana kalau manusia kurang ajar ni berpendidikan namun tak ada adab dan bahasa. Keceluparannya tidak mengira masa dan tempat apatah lagi di bulan Ramadan yang mulia ini. Bertambah parah dan peritnya lagi jika yang kurang ajar dan biadab itu adalah seseorang yang bergelar pendidik. Pendidik perlu menjadi contoh yang baik terhadap pelajar.Contoh baik yang perlu dipamerkan bukan semasa berjalannya p&p. Pendidik yang baik itu haruslah mencakupi keseluruhan aspek kehidupan dan peribadi pendidik itu sendiri. Kalau tidak timbullah masalah seperti kata peribahasa kalau Guru Kencing Berdiri, dah tentu Muridnya Akan Kencing Berlari. Harapkan tua saja, tetapi kurang akal budinya serta tidak tahu menghormati sensitiviti dan perasaan orang lain, tak ada maknanya. Cakap macam pandai bunyinya,berdegar-degar!Tapi tulah, tin kosong memang bunyinya bising,tapi isi tak ada!Hampeh!Pandai jual teori saja. Jangan ganggu kehidupan orang lain, sebaiknya tengok cermin, uruskanlah diri sendiri yang banyak kekurangan di sana sini. Tak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Cantik ke, lawa ke, putih ke, tinggi ke belum tentu masuk syurga dan kalau gelap ke, besar ke, hodoh ke, belum tentu masuk neraka! Tak tahu langsung etika profesional. Pergilah belajar cara komunikasi yang betul dan paling penting, tahu cara menghormati orang lain..!Jangan bodoh sombong. Bodoh sombong ni, "cerdiknya" tak boleh diikut,bodohnya pulak tak boleh diajar!

1 comment:

  1. erm,,,dah tahun 2012 baru i bace,,,perihal di atas same seperti ape sy rase hari ini

    ReplyDelete