Wednesday, August 31, 2011

Cepatnya Masa Berlalu

Cepatnya masa berlalu..dalam tak sedar, hari raya pertama Aidilfitri tahun ni dah nak berlalu. Saya agak kebosanan hari ni...tak ke mana-mana. Beraya di Temerloh anak-beranak jer..Tak hari Khamis atau hari Jumaat baru nak balik ke Bidor, tunggu sampai hari Ahad untuk menghantar Ilyas pulang semula ke asrama. Di Taman Bukit Angin ni rasanya mungkin keluarga kami je keluarga melayu yang tinggal, yang lain-lain semuanya dah balik kampung. Ilyas dengan Aisyah banyak homework yang perlu disiapkan, jadinya lepas makan,buat homework, pastu melayari internet. Kejap-kejap ke dapur dan saya kira ada dua tiga bekas biskut yang dah kosong tadi.

Sayapun rasa bosan juga sebab nak menziarah kawan-kawanpun, hampir semuanya balik ke kampung. Pagi tadi ber"skype" sekejap dengan adik dan anak-anak saudara di Perth...diaorang esok hari Rabu baru raya..Lepas tu saya menghabiskan entah berapa puluh keping kertas hari ni, belajar buat pop-up card  origami..Semalam saya menegur anak saya Muhammad Ilyas yang begitu leka melipat kertas origami. Hari ni sayalah pulak yang lekanya. Asyik betul jadinya..selagi tak menjadi,tak puas hati..Tapi akhirnya puas jugak hati saya hari ni sebab berjaya membuat pop-up card origami tu..Boleh tahan jugalah pening nak membuatnya..apapun,saya puas kerana berjaya membuatnya dan yakin akan dapat memperbaikinya di lain waktu..

 

Masa kad tertutup





Masa kad terbuka

Kalau berminat bolehlah mencuba..tapi memang mengasyikkan sampai tak sedar masa berlalu..sekarang nipun dah masuk hari Rabu, raya kedua dah..baru perasan sebab baru tengok jam.

No comments:

Post a Comment