Friday, May 20, 2011

Patah Tumbuh Hilang Berganti Lagi

Tidak sampai 2 tahun saya mengajar di SK Tg Batu,Temerloh,Pahang, saya telah bernaung di bawah dua orang majikan dan semalam, iaitu hari Khamis bersamaan dengan 19 Mei, kami telah mendapat majikan yang baru yang sebelum ini berkhidmat di SK Bandar Temerloh. Tidak sampai dua bulan saya bertugas dibawah kepimpinan Cikgu Ahmad Bin Abdul Ghani, pada 2 Februari 2010, pertukarannya ke SK Gunung Senyum telah digantikan oleh Cikgu Yusof Bin Mohamad yang datang dari Rompin. Namun Cikgu Yusof tetap juga akan meninggalkan SK Tg Batu setelah pertukarannya ke SK Bukit Damar berkuatkuasa pada 14 April, 2011. Dalam masa yang begitu singkat kami bersama pentadbiran Cikgu Yusof, tidak dapat dinafikan banyak juga tunjuk ajar dan nasihat yang kami perolehi dan insyaAllah akan diaplikasikan baik di dalam P&P dan juga tugasan seharian kami. Paling ketara, Cikgu Yusof sangat menggalakkan stafnya untuk meningkatkan prestasi dan kualiti diri dengan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Seperti yang dicontohkan terhadap diri beliau sendiri, walaupun masih berbaki beberapa tahun sahaja perkhidmatan beliau, Cikgu Yusof tetap menyambung pelajarannya ke peringkat sarjana.

Badan Keluarga SKTB telahpun mengadakan serba ringkas majlis perpisahan dan juga jamuan sebaik sahaja mendapat perkhabaran pertukaran Cikgu Yusof dua minggu yang lalu namun 18 Mei, 2011 adalah benar-benar tarikh terakhir beliau berada di sekolah ini. Semalam bermulalah tugasan beliau di tempat baru dan kami pula akan diterajui oleh kepimpinan yang baru. Isnin yang lalu, sambutan hari guru peringkat sekolah yang diadakan adalah majlis terakhir beliau bersama warga SKTB. Walaupun disambut secara sederhana tetapi ianya meriah dan menggembirakan. Majlis dimulakan dengan perhimpunan, nyanyian lagu-lagu ”keramat”, bacaan perutusan, penyampaian hadiah oleh murid-murid kepada guru-guru, pertandingan permainan guru dengan murid, bakat murid-murid, bakat guru-guru, pertukaran hadiah dan di akhiri dengan acara cabutan bertuah.

Masih belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua insan yang bergelar pendidik, terutamanya bekas-bekas guru saya tidak kira di mana sahaja kalian berada, terima kasih diatas segala ilmu yang pernah dicurahkan, walau sebaris ayat sehingga saya menjadi saya pada hari ini. Keibubapaan dan persahabatan yang telah dihulurkan, harumnya masih lagi dan ianya akan kekal begitu selamanya. Sama-sama kita renungkan kata-kata Khalifah Abdul Malik Bin Marwan ini ”SEMULIA-MULIA MANUSIA ADALAH SIAPA YANG MEMPUNYAI ADAB, MERENDAHKAN DIRI KETIKA BERKEDUDUKAN TINGGI, MEMAAFKAN KETIKA BERDAYA MEMBALAS DAN BERSIKAP ADIL KETIKA KUAT”



Gambar-gambar di sekitar Sambutan Hari Guru 2011




Mantan GB SKTB , Encik Yusof Bin Mohamad



Encik Yusof, Najib Dan Hafeez


Menyanyikan Rangkaian lagu-lagu Termasuk Lagu "Biarku Menjadi Lilin"



Bacaan Perutusan Hari Guru Oleh GPK 1


Jejaka Idaman Tg Batu..hehe..
Hafeez,Shamsudin,Shahril & Noor Zamani

"Kami Guru Malaysia, Berikrar & Berjanji........"



Dah dapat banyak hadiah, masing-masing tangkap lentok,ye?


Mantap...Team Bola Jaring SKTB


Selamat Hari Guru Cikgu Hafeez..


Anak-anak didik SKTB



Gambar-gambar di sekitar Majlis Perpisahan



Guru Besar bersama Naib Pengerusi PIBG SKTB


Menerima Cenderahari Daripada Puan Rohaya Jahafar


No comments:

Post a Comment