Tuesday, May 4, 2010

Program Kilauan Mutiara

Salam buat semua pembaca..Nampaknya genap sebulan yang lalu 'posting' saya yang terakhir di halaman ini sehingga kini barulah saya dapat menulis semula. Ada juga satu, dua acara yang penting yang berlaku di sekolah, namun dek kerana kekangan masa dan masalah capaian iternet yang agak lembab telah membuatkan saya agak malas untuk menulis. Pada hari Jumaat sehingga Sabtu yang baru saja berlalu iaitu dari 30 April sehingga 1 Mei, 2010 telah berlangsung satu program iaitu Program Kilauan Mutiara 2010, Siri 1 di Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu, Temerloh. Program anjuran Kelab In-Smartive, Universiti Malaysia Pahang ini telah memberi impak dan manfaat yang sangat besar kepada murid-murid sekolah ini terutamanya murid-murid Tahun 5 dan juga Tahun 6 serta beberapa orang murid-murid Tahun 4.


Rasional program yang berjalan selama 2 hari 1 malam ini adalah untuk melahirkan keyakinan dan semangat yang tinggi dalam diri pelajar. Nilai-nilai murni dan motivasi yang kuat kepada murid-murid untuk mencapai generasi yang cemerlang dalam intelektual dan sahsiah telah dapat diterapkan. Program ini juga diharapkan dapat membentuk generasi pewaris yang mempunyai kecemerlangan akhlak dan sahsiah. Di samping itu juga diharapkan dapat mewujudkan jalinan hubungan yang erat dengan masyarakat sekeliling terutamanya murid-murid sekolah dan penduduk luar bandar. Objektif program ini juga adalah untuk menjadikan generasi pewaris bagi kawasan luar bandar tersebut sebagai objek untuk dididik, disampaikan elemen-elemen positif dan menggalakkan mereka ke arah kecemerlangan akademik.
Murid-murid bersama seramai 22 orang pelajar dari Universiti Malaysia Pahang, bersama dengan Penasihat Kelab In-Smartive iaitu Prof.Madya Dr.Fadzil Bin Mohd.Idris, Encik Wan Nazrul Helmy Bin Wan Mohd.Zain serta beberapa orang guru telah berkampung di sekolah ini. Murid-murid telah didedahkan dengan LDK 1 iaitu Ice-Breaking pada sebelah malamnya, diikuti dengan LDK 2 sehingga 4 pada keesokan harinya. Selain dari kuliah subuh, mereka juga mengikuti program senamrobik pada sebelah pagi Sabtu. Program telah berjalan dengan jayanya dan perasmian penutup telah dibuat oleh GPK Ko-Kurikulum SK Tg. Batu iaitu Ustaz Mohd.Rodzi Bin Mat Gial.
Ucapan Pembukaan Program oleh Guru Besar SK Tanjung Batu, Temerloh..
Encik Yusof Bin Mohamad

Bergambar kenangan di antara pelajar UMP,

Penasihat Kelab In-Smartive, GPK Ko-Kurikulum dan juga Pengerusi PIBG SKTB






No comments:

Post a Comment