Sunday, April 4, 2010

Alahai Anak Emak

Ungkapan “binatang pun tahu sayangkan anak..”memang dah biasa sangat kita dengar. Sebenarnya kes membuang bayi ni dah lama berlaku namun dalam jumlah yang sangat sedikit, ianya tidaklah diperkatakan segalak sekarang ini.Kes membuang bayi sudah menjadi seperti wabak semusim.Hampir setiap hari di dalam akhbar ada saja berita tentang pembuangan bayi yang tidak bersalah dan tidak tahu apa-apa itu. Tidak kira apa bangsa dan kaum yang melakukannya,ianya tetap dinamakan pembunuhan. Betapa kejam dan sampainya hati untuk melakukan perkara semikian rupa. Nilai-nilai kemanusiaan semakin pupus di dunia ini. Nyawa bukan lagi menjadi sesuatu yang amat berharga. Rasa kasih sayang di antara manusia telah menjadi semakin berkurangan. Cuba kita renungkan bersama wahai pembaca di sini, kenapa dan mengapa ianya berlaku? Pada pandangan saya, segala-galanya perlu bermula dari rumah. Pendekatan yang digunakan untuk mendidik anak-anak oleh ibu bapa sekarang perlu lebih tegas dan “kejam”. Kejam yang saya maksudkan di sini perlu sangat-sangat tegas dan kawalan disiplin serta didikan agama yang sangat tinggi. Jangan disebabkan kemodenan, kita terlalu banyak memberi kelonggaran kepada anak-anak. Biarlah kita letih sekarang agar kita tidak letih di kemudian hari.


Saya juga mempunyai anak-anak yang sedang membesar seramai 3 orang iaitu seorang lelaki berusia 15 tahun serta dua orang perempuan yang masing-masing berusia 14 dan 10 tahun. Sesungguhnya saya amat takut dan bimbang dengan kedewasaan mereka ini. Saya sangat bimbang dengan dengan keadaan semasa yang menanti mereka semasa mereka dalam proses membesar. Adakah saya mampu untuk merealisasikan seperti yang dilaungkan oleh Allahyarhamah Hajah Kontek Kamariah dalam konteks mendidik anak-anak iaitu “agama dididik, moden dibela”…Sungguh besar makna ungkapan ini. Bagaimanakah cara terbaik untuk kita menerapkan pendidikan agama yang terbaik buat anak-anak kita, seiring dengan kemodenan ? Apa-apapun, bagi saya semuanya tetap bermula dari rumah. Jangan di kemudian hari menjadi lagu “Bangau Oh Bangau”, yang saling menyalahkan orang lain apabila sesuatu yang tidak elok berlaku…Hmm..macam mana pulak dengan gambar di bawah yang saya terima melalui emel ni? Perempuan ni berlebih-lebihan pulak kasih sayangnya sehingga anak rusa tu disusukannya bersama-sama dengan anaknya..Ish! Ish!Ish!...manusia ni memang macam-macam kerenahnya. Gambar ni telah memenangi Award Emas IFRA untuk News Photography, General News dan dimiliki oleh Hindustan Times.

No comments:

Post a Comment