Sunday, March 7, 2010

Suara Nisa Temerloh

Kalaulah bukan kerana saya menerima jemputan sebagai pengadil pertandingan nyanyian dari Cik Rashidah anjuran Nisa' Temerloh, saya memang tidak tahu langsung tentang kewujudan salah satu daripada badan NGO ini. Saya memang tidak ada idea langsung atau tahu apa-apa mengenai Nisa' . Bila dapat je surat jemputan yang dikirimkan melalui Fizah, saya baca tentatif program yang dikepilkan bersama secara lebih kurang dan terus letak tepi tanpa menanya apa-apa kepada Fizah. Sayapun siap menghubungi kawan-kawan, mana tahu kalau ada di antara mereka yang ingin menyertai pertandingan nyanyian. Sampai di tempat pertandingan di IKBN Lanchang, Temerloh barulah saya tahu yang program ni adalah untuk wanita sahaja. Peserta, penonton dan krew termasuklah dua orang lagi juri pertandingan, semuanya perempuan. Hanya di akhir program sahaja baru munculnya seorang lelaki iaitu Masabray yang dijemput sebagai penyanyi dan penyair jemputan di upacara penutup. Program ini dinamakan PERTANDINGAN SUARA NISA' 2010 sempena KONSERT AURA UNGU 2010 (KAU '10) anjuran NISA' MALAYSIA. Nisa' tu bermaksud wanita di dalam Bahasa Arab.
Bagi saya, program ni sangat bagus. Perempuan ataupun wanita beraksi di pentas tetapi dalam batas-batas yang tertentu. Lagu-lagu yang dinyanyikan adalah lagu yang berunsurkan nasihat, kemanusiaan, kerohanian, tidak mengandungi sebarang unsur syirik serta lucah yang melanggar norma kemanusiaan, yang memberahikan serta yang berunsurkan pemujaan manusia. Program ini lebih bertumpu kepada remaja seawal umur 15 sehinggalah wanita yang berusia 40 tahun. Hiburan dan remaja memang tidak dapat dipisahkan. Kalau kita lihat dunia hari ini, kebanyakan remaja telah menjadikan hiburan sebagai salah satu medan atau wadah untuk mereka mencari ketenangan dan keseronokan sehingga kadang-kadang mereka tersasar kepada hiburan yang melalaikan. Menyedari hakikat itulah Nisa' Malaysia yang membawa pendekatan "Connecting Youth" telah menganjurkan program ini sebagai satu inisiatif untuk menerap serta mengembangkan keunikan hiburan Islamik remaja yang tidak hanya berkonsepkan hiburan semata-mata, tetapi hiburan yang berlandaskan syariat Islam. Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah Nisa' Temerloh iaitu Puan Aziahanim Abdul Aziz. Secara keseluruhan, saya dapati semua perserta yang menyertai pertandingan adalah berbakat besar termasuk berkemahiran memainkan alat-alat muzik perkusi seperti conga, tjembe, tamborin, marakas dan lain-lain. Mudah-mudahan hasrat murni Nisa' Malaysia membawa hasil..insyaAllah

Bergambar kenangan selepas program


Sdr. Masabray..penyanyi jemputan

No comments:

Post a Comment