Monday, February 15, 2010

Rokok Elektronik ?

Pernah dengar tentang rokok elektronik? Walaupun mungkin sudah lama di pasaran, namun tentu masih ramai yang belum mengetahui tentangnya. Electronic Cigarette adalah sejenis alat yang benar-benar kelihatan seperti rokok, rasa seperti rokok, tetapi bukan rokok. Ianya dikatakan sebagai satu cara yang sihat untuk menikmati rokok oleh perokok, terutamanya perokok tegar. Ianya dapat memberikan pengalaman merokok sebenar kepada perokok tanpa bahan-bahan kimia yang memudaratkan seperti karsinogen, api, tar, karbon monoksida, abu ataupun bau yang terdapat dalam rokok yang sebenar. Rokok Elektronik ini juga dikatakan tiada kesan sampingan serta tidak dapat dikesan oleh alat pengesan asap yang terdapat di dalam sistem pencegahan kebakaran. Bahan utama yang terdapat di dalam kartrij pula adalah air, perasa, nikotin dan juga propylene glycol ( yang biasa digunakan dalam makanan dan ubatan ). Apakah rokok elektronik atau E-Cig ini dapat menjadi satu alternatif kepada rokok sebenar? Walaupun rokok elektronik ini dikatakan telah membantu ramai perokok berhenti merokok dengan mudah, semuanya bergantung kepada kekuatan diri masing-masing untuk mematuhi disiplin yang telah ditetapkan. Melalui pengecas dan adaptor yang disediakan bersama pakej, E-Cig ini dapat bertahan lama serta boleh digunakan berulangkali. Demi kebaikan dan kesejahteraan serta kesihatan yang baik, tidak salah kalau mencuba,kan?

Beberapa gambar hiasan yang saya perolehi melalui emel yang dihantarkan kepada saya tentang bahayanya rokok bukan sahaja kepada perokok aktif, malah perokok pasif lebih menanggung akibatnya.

No comments:

Post a Comment