Sunday, January 17, 2010

Alfatihah

Alfatihah buat Allahyarham Sukarmin, bapa kepada Norzyalina Sukarmin yang telah kembali ke Rahmatullah semalam, hari Sabtu bersamaan dengan 16 Januari, 2010 jam 3.08 am di Bukit Kuin 1, Kuantan, Pahang. Oleh kerana kami tidak lagi mengajar di sekolah yang sama, saya agak terkemudian sedikit mendapat sebarang berita tentang "ahli" kami..tambahan pula hanya saya seorang sahaja yang bertukar ke sekolah lain. Petang sebelumnya saya keluar minum dengan Kak Gee dan dari situlah saya mendapat berita bahawa ayah Ina sakit. Tujuan kami keluar petang itu bukanlah semata-mata untuk minum-minum atau "mengeteh" kata orang sini, tapi sebenarnya kami hendak pergi mendaftar di sebuah pusat gym..Sejak Aliya tinggal di asrama, Kak Gee mungkin bosan tinggal sorang-sorang di rumah..Akhirnya kami minum dan "tersangkut" lama di Dwan Corner kerana hujan sangat lebat..sampai maghrib kami di situ..Keesokan paginya barulah saya menghantar pesanan ringkas ( sms ) kepada Ina untuk menanyakan khabar tentang ayahnya..Dukacita apabila Ina memaklumkan bahawa ayahanda tercintanya telahpun kembali ke rahmatullah pada awal paginya. Sayapun menghubungi Azrah dan Syakri dan meminta Syakri menghubungi Khairul serta berbincang kalau-kalau kami dapat pergi menziarah. Kak Gee tidak menjawab telefonnya walaupun telah berkali-kali saya mencuba. Azrah minta masa untuk berbincang dengan Sabri, manakala Syakri pula mencadangkan untuk pergi keesokan harinya kerana beliau hendak menghadiri ke satu majlis kenduri.
Walaubagaimanapun, akhirnya kami pergi juga ke Kuantan semalam. Saya dan Khairul tidak membawa kereta dan kami menumpang naik kereta Syakri, manakala Azrah dan Sabri bersama anak-anak mereka Imran, Haziq dan Amir. Tiba di sana, jenazah telahpun di bawa ke tanah perkuburan dan kami mengambil keputusan untuk menunggu sahaja di rumah Ina. Tak lama kemudian, Bahari suami Ina menjemput kami semua ke tanah perkuburan kerana Ina bimbang jika urusan pengkebumian mengambil masa yang lama dan kami pula terpaksa lama menunggu di rumah. Setibanya kami di tanah perkuburan, urusan pengkebumian sedang berlangsung dan kamipun menunggu di bawah sebuah pokok yang berhampiran. Selesai bersalam-salaman sambil berpelukan dan mengucapkan kata takziah kepada Ina, kamipun merancang untuk terus pulang sahaja. Walaubagaimanapun Ina menahan kami untuk makan tengahari terlebih dahulu sebelum pulang. Kami tidak mahu menyusahkan pihaknya yang sedang berada di dalam keadaan berdukacita serta kesusahan namun akhirnya akur juga dengan permintaan Ina untuk makan terlebih dahulu sebelum pulang..lagipun jamuan makan tengahari itu disediakan oleh ibu saudara Ina di rumahnya yang tidak jauh dari rumah Ina. Takziah sekali lagi buat Ina dan tidak lupa juga buat Kak Eshah sekeluarga di Perak yang juga kematian ayahanda tercintanya pada petang Jumaat bersamaan 15 Januari, 2010. Diharapkan agar kedua-kedua keluarga dapat bersabar dengan dugaan dan ujian dari Allah ini. Semoga roh mereka dirahmati Allah dan ditempatkan bersama roh-roh orang yang soleh... Amin ya rabbal a'lamin.

No comments:

Post a Comment