Monday, October 12, 2009

Rombongan "Cik Kiah"

Semalam saya dengan kawan-kawan saya beramai-ramai ke Kuala Lumpur..Bukannya naik bas,atau cam rombongan pengantin tu,tapi kami pergi dengan 3 buah kereta..Nak tahu tak istimewanya kumpulan saya ni?Kami memang "kaki berjalan" dan selalunya satu kepala. Katakan sorang yang nak membeli perabot baru, semua sekali pergi..Nak beli pokok bunga atau pasupun macam tu juga, mesti berjanji pergi bersama-sama biarpun membelinya belum tentu lagi..hehe..Kami dah macam adik-beradik, gembira jer bila berkumpul..gamat jadinya!Bila dah berkumpul tu, kami tak kisah pasal orang lain pun melainkan hal kami "anak beranak" jer..Mula-mula yang nak ke KL ni sebab nak menghadiri majlis jamuan aidilfitri di rumah adik saya di Bukit Jelutong, Shah Alam..Balik dari situ, boleh ke Sungai Buluh. Bila dengar jer perkataan Sungai Buluh, ahli-ahli yang lainpun "tersangatlah" nak pergi sama. Rumah adik saya tu tak jauh dari Sungai Buluh..sapa yang tak kenal Sungai Buluh,kan?Sinonim sekali dengan pokok-pokok dan juga bunga-bungaan..Saya, Ina, Aida dan Syakri "membujangkan" diri..tak bawa siapa-siapapun..Azrah Dan Sabri sahaja yang bawa anak-anak, Khairul dengan Diana dan Kak Gee bawa Aliya..tu pun separuh jalan, ditinggalkan di rumah adiknya di Kuala Lumpur.

Pagi-pagi sebelum bertolak, kami bersarapan ringan-ringan dulu di rumah Kak Gee..Sampai di KL, kami singgah di rumah adik Kak Gee dengan tujuan meninggalkan Aliya di situ..Tapi adik Kak Gee dan suaminya telahpun menanti kami dengan sarapan yang sangat istimewa..Ala-ala jamuan raya lagi sebab aidilfitri masih ada dan kami dihidangkan dengan soto, rendang daging dan macam-macam lagi..Bukan sarapan lagi namanya tu, dahlah sarapan yang kedua untuk hari tu..! Bila dah kenyang makan dan bergambar serta berehat, kamipun meneruskan perjalanan kami ke Sungai Buluh. Bila tiba di Sungai Buluh dalam pukul 11 pagi, cuaca dah mula panas walaupun semasa kami tiba di Tol Gombak sebelah paginya hujan agak lebat..Masing-masing dah tak sabar nak turun nampaknya bila di kiri kanan jalan di sekitar Sungai Buluh tu "dilambai" dengan pokok-pokok dan bungaan serta pasu-pasu serta gazebo yang amat memukau mata dan pandangan. Rasa nak berhenti kat setiap kedai yang ada di situ. Kami mula berhenti di tengah-tengah, dan macam biasa, semua sekali yang akan membelek pokok-pokok, bunga-bunga dan apa-apa sajalah yang mungkin menarik perhatian kami. Semakin lama kami membelek dan meninjau di situ, hari semakin panas dan perut kamipun mulalah lapar semula..Dengan hajat dan niat akan datang semula di hala balik nanti untuk pokok-pokok yang kecil dan juga datang dengan lori pada musim cuti sekolah nanti, kamipun meninggalkan Sungai Buluh untuk ke rumah adik saya.
Bila kami tiba di situ, masing-masing rasa segan dan malu pulak nak masuk sebab tetamu sudah ramai dan kami pulak mengenakan pakaian yang "biasa-biasa" saja sebab banyak tempat lagi yang kami nak pergi dan mudah untuk kami bergerak. Bila dah masuk ke dalam dan setelah berjumpa dengan adik dan ibu saya, kamipun mula makan-makan. Macam-macam ada...pilih sajalah! Setelah makan dan solat di situ, kamipun meneruskan lagi perjalanan kami. Kami bersepakat untuk pergi ke Ikea Damansara. Kat dalam Ikea tu kami tak lagi jalan berkumpul sebab masing-masing membawa "hati dan kaki" ke tempat yang masing-masing suka. Mak aiiii..punyalah ramai orang ari ni..macam pergi haji! Sayapun berjalanlah dengan Aida sampai tak sedar dah nak masuk maghrib..Patutlah kaki dah berat semacam, dan rasa nak seret jer..Hehe..!
Sebelum ke Ikea, kami memang berhajat juga nak pergi ke sekitar-sekitarnya, tapi bila dah keluar dari Ikea, rasa penat sangat dah dan semuanya bersetuju untuk balik ke Temerloh. Dalam perjalanan balik, kami lagi sekali singgah di rumah adik Kak Gee di Andaman Ukay untuk mengambil Aliya semula. Ingatkan sekadar mengambil Aliya, tapi terpaksa juga singgah dan masuk untuk menumpang bersolat. Malu juga rasanya sebab pagi tadi dah puas bersalam, malam hari datang lagi..almaklumlah, sebelum ni tak pernah kenal pun dan itulah kali pertama saya dan kawan-kawan yang lain datang ke rumahnya. Apapun, saya mewakili semua kawan-kawan yang lain untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih diatas sambutan dan layanan yang diberikan kepada kami oleh Rozilah ( Ha ) dan suaminya, menyebabkan kurang sedikit rasa "segan" kami tu, malah terasa seperti sudah lama mengenali antara satu sama lain.
Sebelum meninggalkan KL, kami semua singgah di Restoran Nasi Lemak Antarabangsa untuk makan malam. Tu dia..!Satu hari sakan kami berjalan...turun pagi, balik malam..hehe..Seronok tau kalau ada kumpulan yang serasi bersama macam kami ni..Semoga persahabatan dan ikatan ukhwah yang telah terjalin di antara kami ini akan berkekalan sampai bila-bila..Alhamdulillah, kami selamat tiba di Temerloh sekitar tengah malam. Walaubagaimanapun, pagi esoknya kami agak terkejut dan bimbang kerana Khairul mengambil cuti untuk menjaga Diana. Berlaku sedikit pendarahan sekitar jam 4.00 pagi..Diana tu sebenarnya sedang sarat mengandung, tapi lasak..tetap mengikut ke mana sahaja kami pergi. Jangan ke mana-mana dah Diana, tunggu sampai bersalin dulu tau..!




Ceria...!!!


Fikir apa lagi tu Khairul...beli jer..!


Orang baru lah jugak..Diana & Khairul



Sedapnya "dak Amir" ni makan sampai duk kat lantai..


Cantik,kan?


Menjamu selera di Bukit Jelutong



3 comments:

  1. CEH..ADA GK CITER TNTG SY CRK EK?HUHU..NSB XJD TRAGEDI OKTOBER..

    ReplyDelete
  2. Indahnya keluarga anda... harmonis, mesra, mantab!

    come to Blog Bisnis

    ReplyDelete