Saturday, May 30, 2009

Pusat Konservasi Gajah Dan Deerland

Minggu ini adalah minggu terakhir persekolahan sebelum cuti persekolahan semester pertama bermula. Sebelum bercuti, pelajar-pelajar tahun satu hingga tahun enam telah menduduki peperiksaan atau penilaian untuk semester satu ini sejak dari hari Isnin lagi. Namun begitu, pelajar-pelajar pra-sekolah di sekolah saya tidak terlibat dalam peperiksaan ini. Mereka membuat lawatan ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan ( National Elephant Conservation Centre ), Jabatan Perhilitan Kuala Gandah, Pahang dan juga Deerland yang terletak dalam lebih kurang 30 minit perjalanan dari sekolah saya. Oleh kerana salah seorang daripada guru mereka iaitu Puan Aidawati menghadiri kursus di Kuantan, saya dibenarkan untuk menggantikan tempat Puan Aidawati menyertai lawatan sambil pelajar ke Kuala Gandah ini. Kami ke sana dengan seorang lagi Guru Pra Sekolah, iaitu Puan Rahmah Oleh serta dua orang pembantu pra sekolah serta Pakcik Saad iaitu salah seorang pekerja di sekolah kami. Almaklumlah pelajar-pelajar para sekolah, riuh rendahlah bas persiaran yang kami naiki di sepanjang perjalanan menuju ke Kuala Gandah itu. Walaupun ada di antara mereka yang telah pergi ke situ beberapa kali bersama keluarga mereka, keseronokan pergi beramai-ramai bersama kawan-kawan dan guru jelas terpancar di wajah anak-anak yang comel ini. Sebaik sampai, kami di bawa menonton filem dokumentari mengenai gajah terbitan RTM sebelum dibawa “berkenalan” dengan lebih rapat lagi dengan sebahagian daripada gajah-gajah yang terdapat di situ. Dokumentari lebih kurang menceritakan tentang gajah-gajah liar yang memusnahkan tanaman kerana habitat mereka telah diganggu. Usaha-usaha dilakukan untuk menyelamat dan memindahkan gajah-gajah liar ke tempat yang lebih selamat dan jauh dari ancaman manusia yang tidak berperikemanusiaan.

Pada awalnya,pelajar-pelajar pra-sekolah kami ini mendapat pujian kerana berkelakuan baik dan menyepikan diri dari pegawai yang bertugas di situ. Hahaha..nak tahu kenapa?Sebelum turun dari bas, saya berpesan dan mengingatkan mereka bahawa gajah tidak suka dengan bunyi bising dan siapa yang bising, dikhuatiri akan dipijak oleh gajah nanti. Maka itulah semua pelajar pra kami senyap dan bersopan santun. Namun semua itu sebentar cuma, kerana setelah mereka “bermesra” dengan gajah-gajah tersebut, ketakutan mereka mula hilang dan apalagi, riuh rendahlah semula. Setelah selesai makan tengahari, kami bertolak ke Deerland yang tidak jauh dari Pusat Konservasi Gajah tersebut. Walaupun nama tempat ini adalah Deerland,namun terdapat juga sejenis dua binatang yang lain seperti burung merak, beruang, ular, burung unta, arnab dan beberapa jenis binatang yang lain. Namun, saya dan juga kanak-kanak ini lebih tertarik lepada rusa-rusa yang sangat jinak kepada pengunjung-pengunjung yang datang ke situ.Kami dibenarkan memberi makan keledek yang telah disediakan oleh pihak Deerland kepada rusa-rusa tersebut.Amat jinak sekali! Kami juga tertarik dengan ular sawa yang ada di situ…( anaknya lah,bukan ibunya…!)Pada mulanya, pelajar-pelajar pra kami ini menjerit-jerit ketakutan. Namun apabila saya memulakan untuk memegangnya, hampir semua daripada mereka juga berani untuk memegang ular tersebut. Agak kelakar apabila seorang daripada pelajar tadika dari Kuala Lipis bertanya kepada saya,"Cikgu,..itu bukan ular betul kan?Dalam badan ular tu ada bateri,kan?"Hehe..dia tak percaya yang itu ular sebenar apabila pelajar-pelajar saya berebut untuk memegang ular tersebut. Kalau tak percaya, tengok gambar kat bawah ni nanti..siap letak atas kepala dan disangkut di atas bahu. Jangan jumpa dengan ular di belakang rumahpun adik-adik buat macam tu dah la ya?














Lihatlah betapa gembira dan beraninya adik-adik Pra-Sekolah SK Batu Kapor ni,kan?

5 comments:

  1. Wah.ida..best nya bawak budak2 pegi..tengok gajah dgn rusa !!Geli hati kak mimie baca pasal ida kata gajah tak suka bising..nanti kena pijak.He..he..Budak2 senang percaya ya!
    Eee...tapi nak pegang ular kak takut lah!!

    ReplyDelete
  2. Hehe..dengan budak-budak ni kena buat macam tu..Telinga ni dah berdengung sejak mula naik bas lagi..Ular tu,bila akak dah pegang sekali,pastu tak takut dah..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. cikgu, blog yg menarik .. salamms dr me dikejauhanns

    ReplyDelete
  5. Hi en_me..thanks for visiting my site

    ReplyDelete