Wednesday, May 20, 2009

Hari Guru Peringkat SK Batu Kapor

Oleh kerana Hari Guru pada tahun ini jatuh pada hari Sabtu, maka kebanyakan daripada sekolah telah mengadakan sambutan perayaan hari guru di peringkat sekolah pada hari Isnin. Begitu jugalah dengan sekolah saya, sambutan telah diadakan pada hari ini, iaitu 18 Mei, 2009. Tema pada tahun ini yang mana sambutan peringkat kebangsaannya telah diadakan di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu adalah "Guru Pembina Negara Bangsa". Seperti biasa, pada awal pagi semua pelajar dan guru-guru akan berhimpun di tapak perhimpunan sekolah. Pada tahun ini, kami berkumpul di dewan sekolah sahaja kerana tapak perhimpunan sekolah tidak lagi boleh digunakan buat sementara waktu sehingga kerja-kerja pembinaaan bangunan baru setinggi empat tingkat tamat. Setelah lagu Negaraku, Lagu negeri Pahang dan Lagu Sekolah dinyanyikan oleh murid-murid, pembacaan perutusan telah disempurnakan oleh GPK 1 dan Guru Besar. Setelah itu, guru-guru pula menyanyikan lagu Guru Malaysia dan juga Warisan. Walaupun keadaan padang sedikit lembab akibat hujan di sebelah malamnya, acara sukaneka guru tetap juga dijalankan. Kemudiannya diikuti pula dengan acara persembahan murid untuk guru yang diadakan di Dewan Sekolah. Penutupan majlis berakhir dengan jamuan makan tengahari, sekali dengan jamuan perpisahan bekas guru besar sekolah ini yang bertukar pada bulan Januari lalu iaitu Encik Khairudin Bin Othman.



Biar berbadan dua..gaya tetap ada! Pn.Nang Cheem,
yang dikatakan sebagai "guru melayu" yang tidak bertudung di sekolah kami..hehe


Relax jer...Guru Besar tetap turun padang



Gaya ibu dan anak di tengah padang..


Eeee...geramnya akuuu..!Pn.Rahmah..



Macam nilah pulak gaya GPK 1 kami bermain bola jaring..hehe



Steadylah Kak Midah...



Kak Pah kita ni menari ke menyepak bola???


Masih gagah...Encik Kamaruzaman..GSK

Tunggu apa lagi tu Linn??


Sukanya dia.....



2 comments:

  1. Ida,
    Selamat Hari Guru !! Wah...seronok nampak guru-guru di sekolah Ida.
    Kak Mimie suka cara penulisan Ida.Kak galakan anak2 kak baca blog Ida...supaya dia orang boleh baca kecantikan ayat2 Ida..Keep up the good work!

    ReplyDelete
  2. Thanks Kak Mimie ya..Suka2 jer,Ida memang minat menulis..Cam tulah happynya cikgu-cikgu sekolah Ida ni bila sekali-sekala turun padang.

    ReplyDelete