Saturday, May 2, 2009

Adakah Kita Kreatif?

Rasanya inilah penyepian saya yang paling panjang terhadap laman blog saya ini. Agak banyak juga acara dan aktiviti yang terlepas untuk dikongsi bersama di sini. Macam-macam perkara dan peristiwa yang datang serentak membuatkan saya sedikit kelam kabut dan juga kekangan-kekangan masa yang membuatkan saya tidak sempat dan menjadi sedikit malas untuk menulis. Apapun, hari ini saya kembali lagi ke sini. Hasil daripada beberapa kiriman kawan-kawan tentang kerja kreatif manusia, telah mendorong saya untuk membincangkan tajuk tersebut di sini pada kali ini. Adakah anda semua kreatif? Apakah kreatif boleh di bentuk? Bagi saya, semua manusia itu kreatif jika mereka mengambil iktibar daripada alam semesta ini, rajin serta ditambah dengan bakat semula jadi yang ada dalam diri seseorang. Sentuhan orang-orang yang kreatif ini biasanya mempunyai nilai estetika.
Mereka boleh mengembangkan idea yang sedia ada menjadi sebuah wawasan yang sangat baik. Manusia yang kreatif ini juga selalu berpandangan bahawa segala sesuatu itu mempunyai peluang untuk dilakukan. Bila membicarakan soal kreatif, ianya bukan hanya tertumpu pada kerja-kerja kesenian sahaja. Amat bertuah sekali bagi organisasi yang memiliki orang-orang yang kreatif di dalamnya. Mereka pastinya berani melawan aliran utama pemikiran-pemikiran konservatif yang membelenggu fikiran orang-orang di dalam organisasi itu.Tidak sedikit pula orang yang berjaya di dalam perniagaan kerana mereka terinspirasi oleh siaran-siaran televisyen yang mereka tonton Tidak kurang pula penulis-penulis buku yang mampu menulis beratus lembaran buku hanya dari sebuah peristiwa yang dilihatnya. Sesungguhnya Allah telah mengajarkan kepada kita semua di dalam surah Ali Imran:190 yang berbunyi sebagai berikut:

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda( kebesaran Allah ) bagi orang yang berakal”

Belajarlah dari alam…insyaAllah kita mampu mengambil pelajaran dari kesempurnaan ciptaanNya, asalkan kita rajin dan jangan cepat mati akal. Keluar dari kepompong, dan jadilah seorang pemikir yang “Out of the box”. Kita boleh!!

Di bawah ini saya akan kongsikan bersama hanya segelintir daripada hasil-hasil kerja manusia yang kreatif di muka bumi ini. Gambar-gambar ini adalah sebahagian daripada kiriman oleh kawan-kawan saya melalui emel.






Tengok tukang di atas ni..punyalah kreatif.Bangganya kalau boleh jadi macam dia..



Bulu-bulu pelepah ini juga tidak disia-siakan oleh manusia kreatif..cantik jadinya!







Eeee....betul ke kek ni?Tak Percaya???Kena Percaya...sememangnya kek!Saya tak sanggup nak makan



2 comments:

  1. Cantik ukiran2 kayu tu.Lukisan atas bulu2 pelepah tu pun sungguh unik !!..Eeew..tapi kek memang tak minat langsung..he..he..
    Kak Mimie suka buat press flowers, kasut manik dan lukisan water colour.

    ReplyDelete
  2. Thanks Kak Mimie..memang cantik semuanya..Baguslah Kak Mimiepun minat ngan seni jugak..

    ReplyDelete