Sunday, February 8, 2009

Telefon Bimbit ( Bahaya ? )

Pada hari ini, memiliki telefon bimbit bukan lagi hanya sebagai satu keperluan tetapi telah menjadi satu gaya hidup. Ianya boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja tanpa mengira umur, bangsa, pangkat dan darjat. Berjenama atau tidak serta murah atau mahal telefon bimbit yang dimiliki, kadang-kadang melambangkan status pemilik atau pemakainya. Malah dengan peningkatan kemajuan dan teknologi, telefon bimbit bukan sekadar hanya untuk membuat panggilan atau dihubungi, tetapi fungsinya telah menjadi lebih dari itu. Bukan setakat mendengar lagu atau menonton video, dengan ada kemudahan internet pada telefon bimbit membuatkan manusia akan berdamping dan menggunakannya hampir sepanjang masa. Anak-anak muda atau remaja terutamanya, sanggup mengurangkan perbelanjaan untuk keperluan lain demi mendapatkan sebuah telefon bimbit yang canggih dan bergaya serta untuk membayar bil dan juga membeli kad pra bayar. Tak kira pagi, petang, siang ataupun malam, malah semasa tidurpun telefon bimbit berada dihujung kepala.Saya sendiri sebelum ini lebih suka menggunakan telefon bimbit untuk melayari internet bagi membaca dan menghantar emel. Namun apakah kita sedar tentang kesan buruk dan baik sentiasa berdampingan dengan telefon bimbit?Tidakkah kita fikir bahawa mengapa telefon tidak digunakan di dalam penerbangan, dilarang penggunaannya di dalam hospital yang berdekatan dengan pesakit serta di stesen-stesen minyak?Cuba baca dan fahamkan artikel mengenai bahaya penggunaan telefon bimbit yang dikirimkan oleh kawan saya ini.


A very important message to everyone, please read it carefully.
1 Egg, & 2 Mobiles 65 minutes of connection between mobiles. We assembled something as per image:



Initiated the call between the two mobiles and allowed 65 minutes approximately. .. During the first 15 minutes nothing happened; 25 minutes later the egg started getting hot; 45 minutes later the egg is hot; 65 minutes later the egg is cooked.

Conclusion: The immidiate radiation of the mobiles has potential to modify the proteins of the egg. Imagine what it can do with the proteins of your brains when you do long calls.

Oleh itu, terpulanglah kepada anda semua sama ada untuk mempercayainya atau tidak ataupun akan mengubah gaya hidup dan tanggapan anda mengenai telefon bimbit.

No comments:

Post a Comment