Thursday, January 29, 2009

Majlis Perjumpaan Ibu Bapa Penjaga Fasa 1 2009

Pagi tadi berlansungnya Majlis Perjumpaan Ibubapa/Penjaga Murid-murid Tahun 6 Fasa1/90 di Dewan Terbuka SK Batu Kapor. Majlis anjuran bersama Jawatankuasa Bimbingan & Kaunseling Serta Jawatankuasa Kecemerlangan Tahun 6 ini nampaknya mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dengan jumlah kehadiran ibubapa pelajar yang agak ramai. Alhamdulillah, ini adalah satu permulaan yang baik bagi kerjasama ibu bapa dan pihak sekolah demi kecemerlangan murid-murid itu sendiri. Majlis perjumpaan ini adalah yang pertama di bawah pentadbiran Guru Besar kami yang baru iaitu Puan Hasidah Binti Abu yang baru sahaja bertukar ke sekolah ini dari SK Paya Pulai, Temerloh. Majlis bermula dengan pendaftaran ibu bapa/penjaga murid-murid Tahun 6. Bacaan doa telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd.Tarabi Bin Sapar. Taklimat program/aktiviti kecemerlangan Tahun 6 2009 telah disampaikan oleh Tn. Hj.Bakar Bin Abd. Kadir (GPK1) setelah ucapan aluan oleh Puan Guru Besar. Majlis bersurai setelah berakhirnya sesi dialog yang diikuti dengan perjumpaan ibu bapa dengan guru-guru Tahun 6

Kaunter-kaunter Pendaftaran Ibu bapa/Penjaga


Sebahagian daripada Ibu bapa/penjaga yang hadir

Ucapan Aluan & Taklimat Oleh Guru Besar,Puan Hasidah Bt.Abu

2 comments: