Thursday, January 22, 2009

Maal Hijrah Dan Asyura Di Sekolah

Sambutan Maal Hijrah Dan Hari Asyura peringkat sekolah saya telah diadakan pada hari ini, bermula seawal jam 7.40 pagi. Sambutan majlis anjuran Unit Bina Insan SKBK ini telah diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Batu Kapor,Mentakab.Taklimat bagi perjalanan program dijalankan pada awal pagi sebelum murid-murid masuk ke kelas masing.Pengajaran dan Pembelajaran dijalankan seperti biasa sebelum waktu rehat.Selepas waktu rehat barulah murid-murid berkumpul di dewan bagi mengikuti ceramah Maal Hijrah. Sementara itu, di tempat meletak kereta bersebelahan kantin lama,aktiviti memasak bubur kacang hijau oleh ibubapa dan guru-guru yang terlibat dijalankan.Nampaknya,tidak seperti tahun-tahun yang lalu,pihak sekolah tidak membuat bubur asyura,sebaliknya hanya menyediakan bubur kacang sahaja. Kacang hijau dan gula adalah hasil sumbangan daripada murid-murid sekolah ini sendiri. Walaupun hanya mampu membuat dan menyediakan bubur kacang sahaja ,namun daya usaha untuk menghidupkan program sambutan Maal Hijrah dan Hari Asyura ini patut diberi pujian kepada Unit Bina Insan SKBK.Tahniah!

Sebahagian daripada ibubapa yang membantu memasak bubur kacang

Pengerusi PIBG SKBK,Encik Jafri Bin Dollah(berbaju batik)turut membantu

Pelajar-pelajar khusyuk mendengar ceramah Maal Hijrah

Sebahagian daripada peserta nasyid yang membuat persembahan

Penceramah Jemputan

No comments:

Post a Comment