Monday, December 29, 2008

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum..Salam Maal Hirah kepada semua pengunjung laman diari saya ini,saya panjatkan doa yang diperpanjangkan kepada saya ini buat semua..Ya Allah, rahmatilah semua pembaca dan pengunjung laman diari ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya,berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya ke dalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki semua pembaca di laman ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh. Kepada semua pembaca dan pengunjung laman diari saya ini, mohon maafkan segala salah silap bahasa dalam penulisan saya sekiranya ada..Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh, kesihatan yang hilang boleh diperolehi dengan ikhtiar bersama ubat-ubatan yang baik dengan izin Allah, tetapi masa yang hilang akan terus hilang. Tahun yang terlepas tak akan kembali lagi, manfaatkan dunia dan akhirat sebaiknya. Tanam benih azam, disiram, dijaga, insyaAllah akhir tahun dapat dituai..

No comments:

Post a Comment