Friday, December 19, 2008

Cuti Dah Nak Habis Lah

Saya rasa seperti hanya baru dua tiga hari saja saya bercuti. Tapi sebenarnya hari ni genap sebulan 4 hari bercutinya..Alamakkkkkkk!Tak lama lagi nak ke sekolah la semula..Pada musim cuti kali ini,saya tak ke mana-mana pun.Balik ke kampung pun tidak. Apataknya,saya dan anak-anak bercuti panjang,tapi suami saya tu lah..tinggal sehari je cutinya..Nak ke mana-manapun tak lepas,melainkan pada hujung minggu.Itupun kadang-kadang dia ke tempat kerja juga. Tinggallah saya melayan kerenah anak-anak di rumah.Budak-budak ni kalau bercuti di rumah,agenda mereka banyak di meja makan, depan televisyen dan juga komputer sajalah. Kalau kita ajak mereka keluarpun mereka tak mahu dah..janji ada makanan,komputer dan juga televisyen.Dah lama sangat duk di rumah ni,terasa pulalah bosannya kadang-kadang tu..Nasib baiklah di awal cuti dulu saya dah lepas pergi ke Melaka. Masa Aidiladhapun tak balik ke Perak,sebaliknya ke rumah adik saya di Shah Alam sahaja.Walaupun tak ramai yang ada, dapat jugalah berkumpul dan berjumpa dengan emak dan ayah saya di situ.Nak keluar dengan kawan-kawanpun,ramai yang tak ada di rumah,masing-masing pergi bercuti..Semalam saya menelefon Kak Gee, ajak keluar dan minum petang di Secret Receipe Temerloh..Saya bersama 3 orang anak saya, Kak Gee bersama dengan dua orang anaknya dan Syakri seorang diri. Semalam hari gaji,kan?Amboi…ramainya orang keluar bandar. Penuh sesak jadinya. Lama juga kami santai di situ..Apabila hari dah hampir maghrib,kami pun keluar dari situ dengan perut yang kenyang.Ada sesuatu yang amat mencuit hati berlaku selepas itu di mana hanya saya,Kak Gee dan Syakri sahaja yang mengetahuinya..Semasa saya menulis cerita inipun saya masih tersenyum sebenarnya…Hari esok,saya dan keluarga akan ke Terengganu. Tunggu pula cerita dari sana nanti..Walaupun dah berkali-kali saya berkunjung ke sana, tak sabar rasanya nak singgah di Kuala Kemaman dan berjumpa dengan kawan lama di Kemaman..







No comments:

Post a Comment