Wednesday, December 24, 2008

25 Disember

Esok 25hb Disember dan semua penganut agama kristian akan menyambut Hari Natal. Saya bukannya hendak menyampaikan ucapan Hari Natal di sini, cuma tarikh ini adalah tarikh bersejarah dalam hidup saya. Saya membuat perancangan untuk bernikah dengan suami saya sebaik sahaja saya mula mengajar di Kuala Lumpur. Orang baru, sudah tentulah belum disahkan dalam jawatan dan saya tidak dibenarkan untuk mengambil cuti rehat pada masa itu. Oleh itu, tarikh 25 Disember inilah yang dipilih untuk majlis pernikahan saya dan esoknya saya mengambil cuti sakit sehari sebelum masuk mengajar semula.Maka selama dua hari itu sahajalah cuti yang saya ada untuk majlis perkahwinan saya. Oleh itu,setiap tahun pada tarikh yang sama ini saya dan suami tetap akan mengingatinya.Bukan untuk menyambut hari krismas,ya?Walaupun kita mengamalkan hidup bermasyarakat di antara kaum, di mana boleh bergaul mesra dan bekerjasama di antara satu sama lain, tetapi kita masih ada batasan dan garis panduan yang perlu kita patuh. Untuk renungan dan peringatan diri saya serta sesama kita umat Islam, jom kita kongsi baca petikan di bawah ini.


Al-Lajnah al-Da-imah lil Buhuth al-'Ilmiah wa al-Ifta' ketika ditanya tentang hukum bersama menyambut perayaan bukan Islam menyebut :"Tidak boleh bagi seorang muslim untuk dia bersama orang-orang kuffar dalam (menyambut) perayaan-perayaan mereka, dan untuk menzahirkan keseronokan dan kegembiraan dalam perayaan mereka, (demikian juga tidak boleh) untuk dia bercuti dari bekerja (untuk menyambut perayaan tersebut) samaada perayaan itu perayaan keduniaan ataupun keagamaan, kerana ini termasuk dalam bertasyabbuh (menyerupai) musuh-musuh Allah yang diharamkan dan termasuk dalam tolong menolong dengan mereka dalam perkara yang batil. Telah thabit dari Nabi saw, sabda baginda : "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk salah seorang dari mereka." Allah swt pula berfirman : "Dan tolong menolonglah kamu dalam perkara yang baik dan takwa, dan jangan kamu tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan. Dan bertakwalah kamu kepada Allah seseungguhnya Allah amat keras seksaannya."(al-Maidah : 2)" - Fatwa bil. 2540. Al-Syeikh Muhammad Bin Soleh al-Munajjid pula apabila ditanya tentang hukum yang sama menjawab : "Tidak boleh bersama orang-orang kafir menyambut perayaan-perayaan mereka disebabkan perkara-perkara berikut :

1- Ia termasuk dalam al-Tasyabbuh (menyerupai orang kafir). Nabi saw bersabda : "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, , maka dia termasuk salah seorang dari mereka." (hadith riwayat Abu Daud) Ini adalah amaran yang serius. Abdullah bin al-'Ash berkata : "Sesiapa yang hidup di atas tanah orang-orang musyrik, lalu menyambut hari Nairuz (perayaan tahun baru) mereka, dan perayaan-perayaan mereka, dan dia telah menyerupai mereka sehingga dia mati, dia akan rugi pada hari kiamat."

2- Bersama di dalam perayaan adalah sebahagian daripada Mawaddah dan Mahabbah kepada mereka. Allah berfirman : "Jangan kamu menjadikan Yahudi dan Nasara itu Auliya'..." dan firmannya lagi : "Wahai orang-orang yang beriman jangan kamu menjadikan musuh-musuh Ku dan musuh-musuh mu sebagai teman-teman setia, kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada diantara kamu dengan mereka, sedangkan mereka telah kufur dan engkar terhadap kebenaran yang sampai kepada kamu..." (al-Mumtahinah : 1)

3- Sesungguhnya hari raya adalah perkara agama dan aqidah, ia bukan sekadar adat dunia sepertimana yang disebut di dalam hadith : "Bagi setiap kaum itu ada hari rayanya mereka, dan ini adalah hari raya kita." Hari raya mereka itu melambangkan aqidah mereka yang rosak, syirik dan kufur.

4- (ayat al-Quran - "dan orang-orang yang menyaksikan yang palsu...) telah ditafsirkan oleh para ulama sebagai (menyaksikan) perayaan-perayaan orang-orang musyrik. Tidak boleh memberi kad-kad ucapan perayaan kepada mereka atau menjualnya kepada mereka, atau apa sahaja yang keperluan perayaan mereka seperti lampu-lampu, pokok-pokok (untuk perayaan),
makanan-makanan (untuk perayaan), dan selainnya."

Di dalam fatwanya yang lain, apabila ditanya tentang hukum mengucapkan tahniah kepada perayaan kafir beliau menyebut :

"Mengucapkan selamat kepada orang kafir pada hari Krismas atau selainnya dari perayaan keagamaan adalah haram dengan kesepakatan para ulama, sepertimana yang dinakalkan oleh Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ahkam Ahl al-Zimmah ketika beliau berkata : "Adapun ucap tahniah/selamat kepada syiar-syiar kuffar secara khusus adalah haram dengan kesepakatan para ulama, seperti mengucapkan selamat kepada perayaan atau puasa mereka dengan mengatakan : "Selemat hari raya kepada kamu" atau "Semoga bergembira dengan perayaan ini" atau seumpamanya. Perkara ini jika selamatpun pengucapnya dari kekufuran, ia tetap termasuk dari perkara-perkara yang haram, ia sama seperti mengucapkan selamat kepada seseorang yang sujud kepada salib, bahkan perbuatan ini adalah lebih besar dosanya di sisi Allah dan lebih besar kemurkaan berbanding mengucapkan tahniah kepada seseorang yang meminum khamar (bir), seorang yang membunuh dan yang berzina dan seumpamanya. Kebanyakan orang yang tidak ada kesedaran agama terjebak dalam perkara ini. Dia tidak sedar betapa buruk amal perbuatannya. Maka sesiapa yang mengucapkan tahniah atau selamat kepada seseorang yang melakukan maksiat, bid'ah atau kekufuran. Maka sesungguhnya dia telah membuka ruang kepada dirinya untuk mendapat kemurkaan dari Allah."

Inilah sebahagian perkataan para ulama yang sempat dimuatkan. Kesemua mereka melarang keras menyambut perayaan bukan Islam. Kerana mustahil perayaan Islam yang dibina atas dasar mentauhidkan Allah, bersih dari kesyirikan dan kebatilan boleh dikongsi dengan perayaan agama lain, dimana kesyirikan dan kebatilan dinyatakan pada hari tersebut. Dr. Yusuf al-Qaradhawi yang lebih ringan dalam masaalah ini, yang mana beliau berpendapat boleh seseorang muslim menyampaikan tahniah kepada perayaan Ahli Kitab tetap melarang untuk menyambut sekali perayaan bukan Islam.
Beliau menyebut :

"Ini adalah daripada hak-hak bersama, jika seseorang ahli kitab datang dan menyampaikan tahniah dengan perayaan kamu (muslim) dan bersama dalam kesedihan dan musibah yang menimpa kamu dan mengucapkan takziah kepada kamu. Maka apakah pula larangan untuk kamu mengucapkan tahniah dengan perayaan mereka dalam kegembiraan mereka dan mengucapkan takziah dalam musibah yang menimpa mereka ? Allah swt berfirman (maksudnya) : "Apabila kamu dihormati dengan satu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa." (al-Nisa :86)Beliau menyambung dengan mengatakan : "Ini tidak bermakna kita menyambut perayaan itu bersama mereka, adapun ianya hanyalah ucap tahniah semata-mata, ini termasuk dalam berbuat baik dan adil yang datang bersama agama ini (Islam)"

No comments:

Post a Comment