Tuesday, November 11, 2008

Latihan Dalam Perkhidmatan

Pada hari Sabtu yang lepas, iaitu 8 November, 2008 kami guru-guru dari SK Batu Kapor dan juga SK Abu Bakar, Mentakab telah bertolak ke Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang ( BTPN ) bagi menghadiri Kursus Peningkatan Produktiviti Dan Integriti Perkhidmatan. Kursus ini adalah anjuran bersama J/K Latihan Dalam Perkhidmatan SK Abu Bakar dan juga J/K Latihan Dalam Perkhidmatan SK Batu Kapor, Mentakab, Pahang. Guru-guru dari sekolah kami menggunakan kenderaan sendiri dan juga berkongsi kereta bagi mana guru-guru dan kakitangan yang tidak memandu kereta sendiri. Berbanding dengan guru-guru dan kakitangan dari SK Abu Bakar, mereka datang dengan sebuah bas yang telah disewa. Di kalangan kami ada juga yang telah sampai di situ sehari sebelumnya lagi kerana telah membawa ahli keluarga bersama. Setelah membuat pendaftaran di perkarangan Dewan Seri Lipis, BTPN Pahang, Ceramah Integriti telah disampaikan oleh Encik Roslan Bin Mansor dari Jabatan pelajaran Negeri Pahang. Kedatangan kami ke Kuantan memangnya berbaloi kerana ceramah yang disampaikan adalah begitu baik dan berkesan sekali. Tahniah buat guru-guru dan kakitangan dari kedua-dua buah sekolah yang telah Berjaya menghadirkan diri ke kursus tersebut. Majlis berakhir pada waktu tengahari setelah perjumpaan di antara Guru Besar, guru-guru dan kakitangan sekolah di jalankan di dua buah bilik yang berasingan.

Ceramah Integriti oleh Encik Roslan Bin Mansor

Sebahagian daripada peserta yang terdiri daripada guru-guru dan kakitangan dari kedua-dua buah sekolah

No comments:

Post a Comment