Tuesday, November 18, 2008

Alahai Murid Dan Guru

Sebelum kami guru-guru di sekolah benar-benar boleh bercuti, terdapat beberapa acara penting yang perlu kami lalui. Pada hari Khamis sebelum cuti sekolah, iaitu hari keputusan UPSR diumumkan, sekolah telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang & Hari Pendidikan. Majlis Anugerah Cemerlang pada tahun ini telah dirasmikan oleh Pegawai pendidikan Daerah Temerloh, Pahang. Nampaknya pada tahun ini begitu ramai ibu bapa yang datang, mungkin kerana ianya serentak dengan pengumuman keputusan UPSR.Walaupun pada tahun ini jumlah pelajar yang memperolehi A dalam semua matapelajaran agak kurang memberangsangkan, tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah mendapat keputusan 5A, 4A, 3A, 2A,1A dan seterusnya yang lulus dalam semua matapelajaran. Pada hari Sabtu pula, saya bersama-sama 5 orang guru yang lain serta seorang Pembantu Pra-Sekolah telah membawa seramai lebih kurang 75 orang murid membuat lawatan ke Melaka. Kami menyewa dua buah bas persiaran. Saya dan semua guru-guru perempuan yang lain menaiki satu bas yang sama, manakala guru-guru lelaki menaiki sebuah bas yang lain. Kami bertolak lebih kurang pukul 7.00 pagi dari Batu Kapor dan tiba di sana, di Malacca International Trade Centre ( MITC ) lebih kurang jam 11 pagi. Selepas melawat pameran sains di situ, kami singgah untuk makan tengahari sebelum bergerak ke destinasi yang seterusnya. Masa ni dah ada yang mula nak buat hal..menangis rindukan emaknya! Hangin jugak rasanya, baru beberapa jam dan mula menangis ingatkan emak. Sebelum naik bas semula, saya bagi kata dua kepada budak tu dan semua yang ada, siapa yang tak mahu meneruskan perjalanan dan nak balik rumah, saya akan hantar ke terminal bas masa tu jugak! Hehehe..tak ada yang berani mengangkat tangan, dan tak ada siapa yang menangis dah! Mana tak hangin, sebelum ni diorang buat bising kat luar pusat pameran,sampai kena tegur..Cikgu gak yang maluuuu! Cerita si Syakri masuk ke tandas, memang menggelikan hati. Bila dia masuk tandas kat pusat pameran di MITC tu, dia dapati ada dua tiga orang budak perempuan di dalamnya. Dia kata, punyalah malu, masuk dalam tandas dan duduk diam-diam tunggu budak-budak perempuan tu keluar. Dalam hati katanya, dia pasti tak salah masuk tandas dah! Bila keluar dari tandas tu, budak-budak perempuan tu ada lagi. Mereka menjerit pulak!Rupa-rupanya, budak-budak perempuan tu yang salah masuk tandas lelaki!Hehehe..kesian kat Syakri..Cerita si Maznan pulak, bila dia masuk je dalam tandas, pekerja yang mencuci tandas tu pandang je pada dia. Dia pun hairan juga mengapa tandas di dalam tu rendah semuanya..Rupa-rupanya,bila dia keluar tandas, baru dia perasan yang dia dah masuk ke tandas OKU..Hahaha..

Sekitar pameran di MITC

Dan saya pulak, masa di Taming Sari, terpaksa berjalan hampir setengah km mencari tandas kerana tandas yang berhampiran di situ tidak boleh digunakan kerana bekalan air terputus..Malang betul..musim cuti sekolah ni, pengunjung dan pelawat ke situ teramat ramai, sepatutnya pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan segera. Pada malam itu setelah menaiki bot dan makan malam, kami berehat di Lotus Inn…lagi sekali budak-budak ni buat hal..main telefon pulak.Bila waktu tidur, tak pulak tidur, bising sampai ke pagi walaupun sudah ditegur dan dimarah..Pening kepala betul dibuatnya, cikgu-cikgu semua dah la keletihan..Esok pagi-pagi, sebelum naik bas untuk ke Sunway Lagoon, kami semua cikgu ‘ basuh’ budak-budak ni cukup-cukup. Tambahan lagi duit kami cikgu-cikgu perempuan kena ‘pau’ dengan 5 ke 6 orang budak. Apa taknya, duit dah habis dibelanjakan, takkan kami nak tengok je diaorang tak makan!

Taman Botanikal yang amat indah

Kami tiba di Sunway Lagoon hampir jam 12 tengahari. Selepas meletakkan barang-barang keperluan diri masing-masing di suatu tempat, kami berpecah mengikut haluan masing-masing dan berjanji untuk berkumpul semula pada pukul 5 petang. Saya cukup ‘alah’ dan fobia pada ketinggian, namun tetap juga ingin mencuba permainan-permainan yang disediakan. Walaupun ‘ketakutan’, saya tetap juga mencuba. Akhirnya, saya Berjaya juga membuang sedikit sebanyak pada perasaan itu dan akhirnya tetap juga bergembira. Selepas mencuba permainan yang disediakan, semuanya pergi mandi dan menjalani aktiviti di air, Cuma saya dan Nida sahaja yang tidak turut serta. Kami berehat di depan tapak konvension Tien untuk melihat persembahan, namun hujan lebat yang turun membantutkan segalanya. Dalam pukul 6 petang, kami bertolak pulang meninggalkan Sunway Lagoon..
Salah sebuah masjid yang kami singgah untuk bersolat


video

Di pintu masuk pameran





video

Taming Sari


video

Keindahan beca yang dihias kreatif pada waktu malam



video

Taman Botanikal

No comments:

Post a Comment