Friday, October 3, 2008

Berhari Raya Bersama Keluarga

Hari ni dah pun hari ketiga kita menyambut syawal untuk tahun ini. Begitu cepat sekali masa berlalu. Saya dan keluarga beraya di Perak, rumah kedua orang tua saya di Bidor kali ni. Kami balik ke sana sehari sebelum hari raya. Walaupun saya dan anak-anak dah mula bercuti sejak hari Sabtu lagi, namun suami saya masih bekerja lagi. Nak ambil cuti pun, dah tinggal 3 hari sahaja lagi cuti tahunannya. Mahu tak mahu, ambil juga pada hari Selasa tu. Sebelah petang juga baru kami bertolak kerana ‘shopping’ di saat-saat akhir di Temerloh dulu. Setiap tahun rasa menyesal ‘shopping’ di saat akhir,tapi tahun ni macam tu lah juga. Orang ramai penuh sesak di bandar Temerloh, sampaikan nak berjalan pun susah. Akhirnya, dalam pukul 3 petang baru kami meninggalkan Temerloh. Oleh kerana dah petang, kereta di jalan raya sudah agak berkurangan. Kami sampai di Bidor apabila orang di sana baru sahaja berbuka puasa. Kami yang baru sampai ni pun, apa lagi,tak bertangguh-tangguh dah, terus sahaja menyertai emak,ayah,adik-adik,ipar duai dan anak-anak saudara saya yang comel-comel belaka berbuka puasa..hehehe..cuba tengok gambar, betul kan? Daripada kami seramai 6 beradik, cucu mak dan ayah saya tak ramai, ada dalam 15 orang sahaja. Masing-masing tak ramai anaknya. Paling ramaipun 4 orang, iaitu anak adik yang tinggal di Shah Alam dan juga di Subang. Dalam 15 orang tu pulak, yang ramainya perempuan. Cucu-cucu lelaki emak dan ayah saya hanyalah 5 orang sahaja, selebihnya semua perempuan belaka. Yang paling besar baru tingkatan 4, diikuti seorang di tingkatan dua, dua orang di tingkatan satu dan selebihnya semua masih kecil di bangku sekolah rendah, tadika dan yang paling kecil berumur tak sampai setahun . Raya tahun ni semua balik.

Rumah di kampong tu taklah sebesar mana, jadi bila tidur malam bersusun dari pintu depan ke pintu dapur. Bilik tidur hanya ada tiga buah sahaja. Bayangkanlah..sampai ada yang terpaksa ke tandas surau di sebelah rumah dan juga tandas plaza tol..hehehe..Tahun depan nampaknya kenalah buat sesuatu sebab masing-masing makin membesar. Yang dah bersatus anak dara,tidak lagi tidur ramai-ramai di tengah rumah. Dah balik ramai-ramai macam tu, ( 29 orang semuanya kali ni, 31 orang termasuk mak dan ayah )..dapur dah jadi macam restoran 24 jam. Malam raya emak masak 8 ekor ayam kampong tak sempat nak hidang ke tetamu. Pagi raya kedua, terpaksalah emak memasak lagi 5 ekor ayam. Rumah saya di kampong tu terletak di sebelah surau,dan sudah menjadi semacam tradisi, rumah kami tu adalah rumah pertama akan didatangi oleh jemaah dari surau selepas solat Isyak untuk bertakbir. Oleh kerana itu setiap kali malam raya, kami tak boleh berlengah-lengah untuk menyiapkan juadah untuk dihidangkan kepada orang-orang yang bertakbir di rumah kami itu. Memang menyeronokkan…Oleh kerana pada hari raya kedua semua nak balik ke rumah masing-masing, kami pun tak dapat beraya ke mana-mana. Sebelah petang hari raya pertama tu kami ramai-ramai secara konvoi sempat melawat dan menziarahi dua buah rumah bapa saudara sebelah emak dan juga ayah saya di Tapah. Sebelah malamnya, mereka juga beramai-ramai secara konvoi, membalas kunjungan ke rumah kami. Juadah malam tu tak lain tak bukan, laksa masakan emak saya. Memang dinanti pada setiap hari raya.Kepada pembaca laman diari saya ini, saya ucpkan terima kasih kerana sudi membaca sampai di sini dan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin

















4 comments:

  1. Rencana dan gambar-gambar yang dimuatkan akan menjadi sejarah keluarga. Tahniah kerana dapat mengabadikan memori ini di dalam bentuk blog.

    Saya tabik 'spring' pada inisiatif ini.

    Hormat dari saya.

    -in-

    ReplyDelete
  2. Nampaknya rumah kena pebesorkan lagi..tandaih kena tambah dalam 3 atau 4..hehe..semoga semuanya dapat bertemu lagi di tahun hadapan Insyallah..!

    ALMANURI

    ReplyDelete
  3. Hehe..betul la tu..InsyaAllah,semoga tahun depan tak de yang tidur depan pintu dah..Yang penting,tak de yang berlari ke surau atau ke tol..!

    ReplyDelete