Friday, October 24, 2008

Karnival RIMUP Zon Mentakab 2008

Kalau pada tahun lepas sekolah saya menjadi tuan rumah untuk program RIMUP bagi 3 buah sekolah, pada tahun ini kami pula ke sekolah lain iaitu di SJK ( C ) Mentakab 2. Karnival RIMUP 2008 Zon Mentakab ini berlangsung semalam iaitu 23 Oktober, 2008. Acara-acara yang dijalankan pada kali ini adalah kuiz, sukan dan permainan, khidmat masyarakat, jamuan hari raya, nyanyian lagu-lagu patriotik dan juga tarian. Karnival dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan diikuti dengan ucapan oleh pengerusi majlis iaitu Encik Lew Cheng Kiat selaku Guru Besar SJK ( C ) Mentakab 2. Pujian patut diberikan kepada tuan rumah kerana karnival berjalan secara lancar dan teratur walaupun acara sukaneka terpaksa di jalankan di dalam dewan kerana hari hujan. Sekolah saya telah menghantar seramai 50 orang pelajar dan telah melibatkan seramai 10 orang guru.

Tarian Zapin

Kumpulan Koir Lagu Patriotik

Pasukan tarian bersama guru

Jamuan "muhibbah"

Pn Chiam Bee Bee

Pelajar dari sekolah Tamil

Pelajar dari SK Batu Kapor

No comments:

Post a Comment