Wednesday, September 24, 2008

Berbuka nasi ulam dan ikan keli

Tinggal seminggu sahaja lagi, insyaAllah kita umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Tahun ini saya akan pulang ke Perak untuk menyambut hari raya bersama-sama kedua orang tua serta adik-beradik saya. Saya amat jarang dapat pulang ke Perak, oleh itu walaupun saya dapat beraya selama dua hari sahaja bersama keluarga saya pun saya amat bersyukur. Minggu lepas dapat juga berbuka puasa bersama emak dan ayah, dua orang adik perempuan saya serta anak-anak dan juga adik lelaki bongsu saya bersama anak-anaknya. Kami berkumpul di rumah adik kedua saya di Bukit Jelutong. Walaupun sekali sahaja dapat berbuka bersama pada tahun ini,puas hati juga.Apatah lagi dapat makan masakan emak. Emak buat nasi ulam….hmmm..sedapnya tak dapat nak di kata. Lauk ikan goreng keli berlada pun ada. Hampir sepuluh ekor agaknya…sedap! Siapa yang tak makan ikan keli tu, maaf lah ya..Saya dengan anak-anak semuanya makan ikan keli kecuali suami. Begitu juga juga dengan kami adik-beradik, ayah saya saja yang tidak makan ikan keli. Anak lelaki saya Muhammad Ilyas paling gemar dengan ikan keli. Bila balik ke rumah, Ilyas minta saya masakkan lagi ikan goreng keli berlada sama seperti yang opahnya masak. Saya mula lah susah hati sebab setua umur saya ni, tak pernah saya masak ikan keli mahupun membeli ikan keli hidup yang belum di masak. Oleh kerana permintaan anak, saya pun membeli ikan keli buat yang pertama kali di dalam hidup saya. Itupun tempah pada Rokiah kawan saya yang suaminya menternak dan menjual ikan keli.Saya siap berpesan pada dia supaya ikan itu di siang, dan dibuang kepalanya. Bila tengok kepalanya dah tak ada tu, kelakar lah rupanya sebab ikan keli berlada yang biasa saya beli di kedai tu tidak dibuang kepalanya. Masa menggoreng,meletup-letup pulak tu..ish, saya bagitau Ilyas,lain kali kalau nak makan keli berlada,kita beli je lah..hehehe..saya tak lalu pulak makan sebab saya sendiri yang masak. Padahalnya, yang di masak di kedai tu,belum tentu mana bersihnya..

Meja makan dah penuh..kenalah separuh duduk di bawah..tapi meriahhh!

No comments:

Post a Comment