Friday, August 22, 2008

Sibuknya Di Sekolah

Hampir 3 bulan saya tidak mengemaskinikan blog saya ini. Kali terakhir adalah selepas majlis perkahwinan Khairul di Bohor Baru, lepas tu saya langsung tak menulis lagi. Banyak cerita yang telah terlepas untuk saya muatkan di sini dek kekangan masa dan keadaan yang amat tidak mengizinkan. Macam-macam perkara yang berlaku. Begitu penat saya melalui dan menghadapinya, bahkan untuk memikirkannya pun saya tak nak, letihhh sangat! Apa dia yang memenat dan meletihkan saya tu, maaflah,tak dapat saya kongsikan di sini. Namun, kepenatan yang paling nyata, hehehe…pembantu rumah balik ke Indonesia. Permitnya sampai September 2009, namun saya balikkan terus dia ke kampong lamannya. Sementara pembantu yang baru datang, sayalah kena berkejar ke tepi, ke tengah, ke tingkat atas dan di bawah. Namun ada juga baiknya, anak-anak tahu untuk membantu. Kalau tidak, sebelum ni semuanya tahu siap je..Tapi tulah, dalam sehari saya tetap juga tak dapat membereskan 100 peratus kerja saya. Cuti sekolah kali ni tak dapat berjalan ke manapun sebab Aisyah, anak kedua saya ada kelas tambahan sampai hari ni, hari Jumaat. Jangan tidak, lepas Mesyuarat Agung PIBG di sekolah Sabtu lalu, kami 5 beranak balik juga ke Perak sekejap. Hari Isnin dah balik semula ke sini dan Aisyah ponteng kelas tambahannya pada hari itu. Nak tahu…? Pinggan mangkuk untuk jamuan VIP pada hari Sabtu pun saya dengan kawan saya Aminah Rohana tinggalkan tak berbasuh setelah dibuang sisa-sia makanannya sebab jam dah pukul 1.00 tengahari. Balik juga ke rumah yang kononnya sekejap. Berkemas itu ini, akhirnya petang baru bertolak dan lebih kurang pukul 11.00 malam baru tiba di Bidor. Saya dan Aminah Rohana berjanji nak membereskan pinggan mangkuk pada hari Selasa. Pagi-pagi Selasa Ana telefon tak dapat pergi ke sekolah kerana ada temu janji dengan doktor. Kami buat perjanjian semula untuk datang hari Rabu. Rupa-rupanya, hari Rabu ada peperiksaan PTK la pulak, tak ingat langsung! Akhirnya Ana bagitau dia dah bersihkan semua pinggan mangkuk. Kesian Ana…takpe la, hari Isnin nanti akak belanja makan ya?

Hari ni dah hari Jumaat pun…tanda cuti sekolah ni dah sampai ke penghujungnya..Ada dua peristiwa besar yang bakal menjelma..Pertama, bulan Ramadhan Al-Mubarak, nak berpuasa dah kita. Tak lama selepas tu, UPSR pulak. Nampaknya dalam bulan puasalah anak-anak tahun enam ni menduduki peperiksaan mereka. Bagi ibu bapa yang anak mereka tidak terlibat, mungkin tidak terasakan debaran dan kehangatannya. Telah bermacam-macam usaha yang pihak sekolah lakukan demi kemajuan anak bangsa tercinta selain daripada usaha bersama ibu bapa mereka di rumah masing-masing. Saya memang tabik dan angkat tangan pada guru-guru tahun enam yang bertungkus-lumus pagi, petang, siang dan malam mengajar dan berusaha untuk mepastikan kejayaan anak-anak didik mereka. Berbagai-bagai program motivasi telah diatur dan disusun oleh pihak sekolah untuk murid-murid tahun enam. SK Batu Kapor, sekolah saya kali ini telah mengadakan Seminar Kecemerlangan UPSR Fasa Keduanya di sekolah sahaja. Program ini telah dijalankan pada 9 & 10 Ogos, 2008 iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. Mereka bermalam di sekolah. Penceramah-penceramahnya terdiri daripada guru-guru SKBK sendiri, guru-guru pakar atau Jurulatih Utama(JU) matapelajaran dari sekolah-sekolah lain. Program telah berjalan dengan jayanya dan perasmian penutupnya telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Batu Kapor sendiri, iaitu Encik Khairudin Bin Othman.

Sebahagian daripada program ketika mendengar ceramah

Sempat juga kami ber 'barbeque' untuk guru-guru yang

terlibat dan berjaga sampai ke pagi

Ucapan penutup oleh Guru Besar SKBK - Encik Khairudin Othman

'Orang kuat 'program - Pn.Norzyalina Sukarmin

Kesiannya...Letih sangat la tu sampai tertidur

semasa acara penutup

Di samping itu, saya juga ingin berkongsi kegembiraan kejayaan murid-murid SK Batu Kapor yang mendapat tempat pertama dalam pertandingan Kalam Jamaie dalam Majlis Khatam Al_Quran Sekolah-sekolah Peringkat Negeri Pahang yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Pontian Jaya pada 8 – 10 Ogos yang lalu. Acara-acara yang dipertandingkan dalam majlis ini adalah Tilawah Al-Quran bagi murid-murid lelaki dan perempuan, Kuiz, Kalam Jamaie dan juga Dikir Barat Mungkin Kalam Jamaie belum begitu dikenali oleh masyarakat kerana usianya yang masih muda dalam sistem pendidikan kita. Kalau kita kenal kepada ‘Choral Speaking’, Kalam Jamaie lebih kurang macam tu lah, cuma berbeza dari segi bahasa yang digunakan. ‘Choral Speaking’ disampaikan dalam Bahasa Inggeris, manakala Kalam Jamaie disampaikan dalam Bahasa Arab, sama juga seperti persembahan Dikir Barat. Tahniah kepada Ustazah Aminadhah dan guru-guru j-Qaf yang lain kerana bertanggungjawab diatas kejayaan pasukan dari SK Batu Kapor ini.

Guru pengiring dari daerah masing-masing

Para peserta yang comel-comel

Mesyuarat Agung PIBG SKBK Sessi 2007/2008 yang dijalankan pada hari Sabtu, 16hb.Ogos baru-baru ini pula telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Dato’ Hj.Mohd.Sharkar Bin Hj.Shamsudin DIMP, PJK iaitu Exco Negeri Pahang. Dalam mesyuarat ini turut diselitkan acara penyampaian hadiah dan sijil kepada murid-murid yang mencapai kejayaan cemerlang dalam UPSR 2007 dan juga kepada Ahli Jawatankuasa PIBG ( guru ) yang bertukar ke sekolah lain. Hadiah-hadiah adalah sumbangan daripada PIBG SK Batu Kapor dan juga yayasan Pahang. Tahniah!

YB.Dato'Hj.Mohd.Sharkar Bin Hj.Shamsudin DIMP,PJK

Exco Kerajaan Negeri Pahang

Menikmati jamuan bersama YB

No comments:

Post a Comment