Friday, August 29, 2008

Majlis Meredhakan Ilmu

Tinggal lebih kurang sebelas hari sahaja lagi murid-murid tahun enam di sekolah-sekolah seluruh Negara akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ). Malam tadi berlangsungnya Majlis Solat Hajat Perdana di SK Batu Kapor dan juga di beberapa sekolah yang lain, termasuklah sekolah tempat anak saya belajar iaitu di SK Bandar Temerloh. Oleh kerana majlis di sekolah saya dan sekolah anak saya berjalan serentak, saya ke majlis di sekolah saya dan suami pula ke majlis di sekolah anak kami. Pagi tadi pula setelah menjalankan Majlis Sambutan Kemerdekaan di peringkat sekolah, pihak sekolah telah menyambung dengan Majlis Meredhakan Ilmu buat murid-murid tahun enam. Dalam majlis ini, semua guru tahun enam berucap serta meredha dan menghalalkan segala ilmu yang telah mereka berikan selama ini. Di akhir majlis, murid-murid dijamu dengan kek dan air. Kepada murid-murid tahun 6 SKBK, selamat menempuhi peperiksaan dan cikgu juga turut meredhai serta menghalalkan segala ilmu yang anak-anak semua terima selama cikgu mengajar. Selamat Berjaya!

Ucapan Oleh Cikgu Firdaus

Jangan berebut dik...sabar!

No comments:

Post a Comment