Friday, May 16, 2008

Selamat Hari Guru 2008

'Guru Cemerlang Negara Terbilang', itulah tema hari guru pada tahun 2008 ini. Nampaknya tahun ini majlis pelancaran Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-37 telah diadakan di Dewan Seri Negeri,Air Kroh,Melaka yang disempurnakan majlis pelancarannya oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Tanggal 16 Mei setiap tahun adalah hari besar bagi segenap lapisan warga pendidik.Hari ini kita menyambut perayaan Hari Guru, tarikh 16 Mei dipilih untuk meraikan hari istimewa ini sempena peritiwa pada tarikh sama 1956 apabila Majlis Persekutuan Undang-undang Tanah Melayu menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai dasar pendidikan negara. Perayaan Hari Guru yang pertama disambut pada 16 Mei 1972 dengan tema 'Peranan Guru dalam Pembangunan Negara'


Di sekolah saya pada hari ini, Sambutan Hari Guru telah disekalikan dengan Majlis Persaraan salah seorang daripada seorang guru di sekolah ini iaitu Cik Siti Naemah Binti Mat Ali. Sambutan bermula di dewan sekolah dengan ucapan dan perutusan yang dibacakan oleh wakil-wakil yang dipilih di kalangan pentadbir.Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu-lagu wajib dan diakhiri dengan lagu Guru Malaysia.Bagi saya, lagu Guru Malaysia adalah sebuah lagu yang dapat membangkitkan semangat kaum guru. Syabas kepada pencipta lirik dan melodinya,namun maaf, saya lupa pula siapa nama penciptanya. Acara diteruskan dengan aktiviti pertandingan mewarna dan melukis bagi pelajar-pelajar tahap satu dan juga dua. Acara tahunan seperti sukaneka untuk guru-guru dan kakitangan sekolah juga tidak dilupakan. Selepas jamuan makan dan ucapan, majlis berakhir dengan upacara bersalam-salaman dan berselawat diantara murid-murid dan guru SK Batu Kapor dengan Cik Siti Naemah Binti Mat Ali. Selamat Bersara ,Kak Naemah!


No comments:

Post a Comment