Monday, May 26, 2008

Musim Cuti Sekolah Dan Kenduri

Nampaknya musim cuti sekolah datang lagi. Dapat lah berehat dari mengajar buat sementara waktu. Namun dalam cuti ni banyak juga aktiviti yang lain. Aktiviti yang paling ketara ialah memenuhi jemputan kenduri la, apa lagi. Semalam saya menghadiri tutorial untuk kelas PJJ saya. Sehari sebelumnya iaitu pada hari Sabtu saya menghadiri Majlis Marhaban dan Kenduri Kesyukuran di rumah adik. Pergi sebelah pagi dan sampai di Temerloh semula pada malam itu juga. Malamnya saya tidur agak lewat dan pagi esoknya bangun awal untuk menghadiri tutorial. Masa tutorial yang pertama saya sudah tidak tahan sangat mengantuknya, rasa hendak tersungkur saja di atas meja saya itu. Apa yang pensyarah cakap di hadapan sudah tidak masuk kepala lagi. Akhirnya pensyarah saya perasankan saya yang mengantuk.”Hai cikgu, nampak jauh je renungan”? Tersentak lah saya sekejap sambil memberitahu yang saya berasa sangat mengantuk. Tidak lama selepas itu, saya pun terlena..hehehe, nasib baik tak berdengkur.


Kenduri di rumah adik saya ni seronok juga. Dapat berkumpul ramai-ramai walau tidak semua adik beradik saya yang dapat datang. Paling penting, dapat berjumpa dengan emak dan ayah saya. Emak dan ayah tinggal di Perak dan kami tidak akan lepaskan peluang untuk berjumpa dan berkumpul begini. Oleh kerana saya lambat tiba di sana, saya terlepas untuk bersama-sama mengikuti Majlis Marhabannya. Ramai juga tetamu adik yang datang nampaknya termasuklah ibu-ibu tunggal yang tinggal berdekatan serta anak-anak yatim dari Kelang,Selangor yang didatangkan dengan dua buah bas. Macam-macam makanan ada, pilih saja mana yang berkenan. Ahdia anak saudara iaitu anak adik yang bongsulah yang menjadi tumpuan dan mangsa ciuman tetamu-tetamu yang datang. Saya juga tidak lama di situ dan berangkat pulang ke Temerloh lebih kurang pukul 5 petang.



Nur ahdia Izyan




Sebahagian daripada anak-anak yatim yang diraikan



Warung-warung makanan yang turut di bawa bersama



Anak dan anak2 saudara yang semakin membesar



Gubahan manusia dan ciptaan Tuhan yang menarik

No comments:

Post a Comment