Sunday, May 18, 2008

Berkelah Di Janda Baik Bentong Pahang

Syakri sebelum dilantik menjadi Pengerusi Badan Keluarga yang baru bagi SKBK lagi telah sibuk mengaturkan program bagi mengeratkan silaturrahim di antara guru-guru dan kakitangan sekolah ini. Dua minggu yang lalu, beliau telah pun dilantik menjadi Pengerusi Badan Keluarga SKBK yang baru, bersama barisan AJK yang baru kecuali saya yang pernah menerajui kelab atau badan keluarga tersebut sedikit waktu dahulu.Hari ini kami telah pergi berkelah di Janda Baik,Pahang. Saya pada mulanya ditugaskan untuk menyediakan ayam perap untuk barbeque. Walaubagaimanapun semalam saya berasa sangat tidak sihat,pening kepala dan tidak cukup tidur. Sudah beberapa malam sebenarnya saya berjaga sehingga ke pagi. Ada tugasan yang perlu saya siapkan. Saya meminta Aida untuk menggantikan saya memerap ayam, namun akhirnya tugasan tersebut kembali kepada Syakri dan isterinya. Kalau diikutkan hati, saya malas untuk pergi kerana sakit kepala yang masih belum hilang.Seharian saya tidur semalam. Pagi ini kami berjanji untuk berkumpul di sekolah supaya dapat bertolak bersama-sama. Namun saya terlewat bangun dan pada pukul 7.45, saya masih menyiapkan sandwich di dapur bersama dengan pembantu rumah saya.

Syakri


Pukul 8.30, saya masih di rumah. Tidak lama kemudian, saya dapat pesanan khidmat ringkas dari Syakri yang semua orang sudah bertolak dan janji untuk berkumpul di Genting Sempah. Saya dan keluarga saya tidak boleh mengejar mereka kerana perlu singgah di beberapa tempat untuk membeli air batu, air mineral dan jus minuman. Tidak lama selepas itu, saya menerima pesanan khidmat ringkas ( sms ) dari Syakri lagi. “ Dah berakar menunggu”. Hahaha..kesiannya,menunggu saya dan keluarga sampai tumbuh akar. Saya berhenti di Karak untuk membeli segala keperluan yang saya cari. Perjalanan diteruskan. Tidak lama selepas itu, saya mendapat satu lagi pesanan khidmat ringkas (sms ) dari Kak Eshah pula yang berbunyi “Dah tumbuh pucuk”. Saya semakin kelam kabut dibuatnya sebabnya ada yang sudah berakar dan ada yang sudah tumbuh pucuk kerana menunggu saya. Hahaha..kelakar betul.




3 K...Khairul Izdihar,Khairul Naim & Khairul Amin



Apabila sampai di Genting Sempah, barulah kami bertolak bersama-sama menuju ke destinasi kami. Syakri bersama Khairul, Naim dan Amin telahpun meninjau tempat tersebut terlebih dahulu serta membuat tempahan tempat. Sudah berapa lama saya tinggal di Pahang, inilah baru pertama kalinya saya sampai ke tempat ini.Cantik sekali tempat ini kerana masih belum dicemari sepenuhnya. Lebih kurang pukul 10.30 pagi kamipun tiba di tempat yang telah ditempah. Orang ramai sudah mulai memenuhi tempat itu kerana cuti hujung minggu ditambah pula dengan cuti Hari Wesak pula pada hari esok. Tempat yang sudah ditempah oleh Syakri telah diambil orang. Syakri pun pergi berjumpa dengan tuan punya tempat dan meminta kepastian apa yang telah berlaku. Hampir satu jam kami berdiri dan merayau-rayau di sekitarnya untuk mencari tapak lain untuk meletakkan barang-barang kami. Akhirnya, kami bertapak di situ juga seolah-olah menumpang orang yang sudah bertapak di situ. Tuan punya tapak memberikan kami sedikit ruang yang lain di situ untuk meletakkan barang-barang serta mendirikan satu khemah untuk kami menukar pakaian. Anak Syakri dengan anak Aida sudah menangis-nangis untuk mandi semasa kami buntu memikirkan tempat untuk kami berkelah telah diberikan kepada orang lain. Budak-budak nampak air, mana boleh tahan lagi.



Resah dan keliru...tempat sudah diambil orang



Setelah memunggah barang dari kereta dan meletakkan makanan di tapak yang disediakan, Syakri,Khairul, dan Naim pun mula memanggang ayam perap. Kami kaum ibu,menyediakan makanan manakala anak-anak sudah mula turun ke air. Saya tidak mandi, sebaliknya hanya menjadi jurugambar sahaja. Tahniah buat sahabat yang hadir pada hari ini kerana kita Berjaya berkumpul bersama di luar waktu bekerja walaupun tidak semua warga SKBK yang hadir. Tahniah diatas usaha Syakri kerana pada hari ini beliau telah berjaya mengumpulkan saya sekeluarga, beliau sendiri sekeluarga, GPK Ko-kurikulum suami isteri, Kak Hindon bersama suami, Norizan bersama keluarga, Pakcik Saad tiga beranak, Kak Eshah sekeluarga, Aida sekeluarga, Nida, kahairul,Naim dan juga Amin. Semoga aktiviti seperti ini akan berterusan demi mengeratkan silaturrahim di antara warga SKBK. Tahniah buat Syakri diatas kejayaan tugasannya yang pertama!


2 jenis tumbuhan yang cantik, pelik dan jarang ditemui

4 comments:

  1. Dah lama tak merasa suasana sebegini.Dulu masa bujang selalu sama2 rodong gi picnic dan kdg2 berkhemah. Seronok sgt. Tak sangka ramai gak cikgu2 di SKBK yg sporting. Rasa seronok sgt. Harap sudi lagi kita berkumpul mcm ni pada masa akan dtg. Di sekolah kita sibuk dgn keja. Muka tension jer kdg2 tu. Sekali-sekala gi bersantai.....ceria jer semua.


    SHARK ASTLEY.

    ReplyDelete
  2. Haah... orang kat kulompo pun tumpang seronok tengok kamu semua happy...

    Bila nak buat kat Dusun Tua atau Sungai Tekala di Selangor..?
    Gembira nampaknya kamu semua.

    Shakri..? Fesyen rambut baru ke tu..?

    ReplyDelete
  3. Mus???? Dah lama tak dengor kabo yer. Aku lepas tertelan daun jelatang tu terus bisu. Tapi selalu gak jengok2 blog ko. Suka...kreatif. Kami jarang dpt berkumpul mcm ni. Aku suruh tuan punya blog ni tengok blog kau. Menarik sgt!!! Rambut?? Fesyen apa....dah berguguran kelayuan tapi aku nampak macho.....

    SHAKRI>>>>

    ReplyDelete
  4. Asalamu'alaikum wbt,

    saya tak pernah pergi ke sana....walaupun slalu balik pahang..sya tengok dlm blog ni ada tempat mandi ya....blh tak beri info kat saya...saya nak pergi 1 family...anak2 dan suami....4 orang je...dkt mana yang sesuai nak stay dan ada tempat mandi2 macam ini. boleh email kat saya di ifahman@gmail.com


    terima kasih :)

    ReplyDelete