Monday, April 21, 2008

Program Bebas Denggi Untuk Pengakap Sekolah

Dalam Program Bebas Denggi Untuk Pengakap Sekolah, pengakap-pengakap yang terlibat dikehendaki melengkapkan sebanyak 5 kali aktiviti lapangan sebelum layak dikurniakan Lencana Bebas Denggi. Kawasan sasaran bagi aktiviti ini adalah di sekitar Kampung Batu Kapor sahaja iaitu kawasan tempat tinggal bagi majoriti pelajar-pelajar sekolah ini. Aktiviti pertama kerja-kerja lapangan telahpun dijalankan pada 13 April, 2008 yang lalu. Selain dari pengakap sekolah yang terpilih, pasukan ini yang telah dibahagikan mengikut kumpulan telah diiringi oleh guru-guru pengakap SK Batu Kapor dan juga pegawai-pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh ( PKDT ) .Saya tidak dapat menyertai aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut kerana menduduki peperiksaan. Semalam, Ahad bertarikh 20 April, 2008 barulah saya dapat menyertai pasukan pengakap sekolah ini menjalankan kerja-kerja lapangan yang kedua.




Membuat catatan




Jentik-jentik yang ditemui

Dalam kerja-kerja lapangan ini, pengakap bersama-sama dengan guru-guru dan pegawai-pegawai kesihatan akan berjalan dari rumah ke rumah untuk mencari jentik-jentik. Terlebih dahulu, pengakap-pengakap ini akan meminta kebenaran dari tuan rumah untuk memeriksa di kawasan sekeliling rumah. Sekiranya terdapat jentik-jentik, pengakap-pengakap ini akan memasukkan jentik-jentik tersebut ke dalam botol menggunakan penyedut/picagari yang disediakan oleh pihak kesihatan. Botol tersebut akan dilabel dan di bawa balik untuk mengenalpasti jenis nyamuk. Pasukan pengakap ini nampak sangat gembira dan berpuas hati dengan aktiviti yang mereka jalankan. Ia juga dapat memberikan kesedaran secara langsung tentang tanggungjawab mengelakkan pembiakan nyamuk aedes seterusnya dapat menjauhi wabak demam denggi. Aktiviti bagi kerja-kerja lapangan yang ketiga, insyaAllah akan diadakan
pada 4 Mei, 2008 nanti.
Berehat setelah pulang dari menjalankan aktiviti

2 comments:

  1. Tahniah diucapkan kerana adik-adik pengakap puan telah berjaya melaksanakan tugasan yang amat baik untuk masyarakat dan diri sendiri.

    Memang suatu program yang baru dan perlu disebarkan untuk pengetahuan semua agar ia boleh dipraktikkan.

    Tahniah..........syabas.....

    ReplyDelete
  2. Terima kasih diatas komen yang diberi.Semoga kita bersama-sama akan mendapat manfaat dari program yang dijalankan.

    ReplyDelete