Wednesday, March 19, 2008

Selamat Pengantin Baru Ustaz Asrinizam Dan Siti Zaliha

Walaupun telah hampir lapan tahun saya tinggal di Temerloh, pada hari Ahad baru nilah buat pertama kalinya saya menjejakkan kaki di Sanggang Seberang walaupun telah lama mendengar nama dan mengenainya sebelum ini. Selamat Pengantin Baru buat Ustaz Asrinizam Bin Mohd.Tahir dan juga pasangannya Siti Zaliha Binti Yusof. Kalau tidak kerana undangan perkahwinan dari 'Adik' (panggilan saya kepada Ustaz Asrinizam) ni, mungkin saya belum juga sampai di Sanggang Seberang,walaupun sebelum ini saya pernah lalu sahaja dalam perjalanan untuk pergi ke Kampung Purun dan juga Gunung Senyum. Saya dengan Adik ni sama belajar di dalam kelas PJJ. Tapi tak nampakla geng-geng sekelas kami yang lain..Saya pergi bersama 'adik-adik' saya iaitu Muhammad Ilyas, Siti Aisyah dan juga Siti Nur Sarah serta pembantu rumah. Lebih pulak dressing Bibik saya ni, mengalahkan saya majikannya. Siap berkebaya merah jambu dan berkasut tumit tinggi lagi. Saya pulak masih memakai kasut yang bertumit rendah lagi ( lebih kurang seliparla, tapi bukanle selipar Jepun..) kerana masih fobia dengan peristiwa terseliuh kaki di Kuala Terengganu bulan lepas, tambahan pula kaki baru je boleh berjalan betul-betul tanpa rasa sakit.



Tak lama lepas tu barulah muncul kelibat Fuad dari Kota Gelanggi, Arshad dan Saadiah serta 'baby'nya. Inilah baru berjumpa dengan 'baby' mereka sejak Saadiah bersalin hari tu..Maaf,sibuk sangat dengan macam-macam perkara, tak sempat nak pergi melawat. Dah sampai di kereta masa nak balik, barulah Norhafizah dan suaminya serta Alang dan 2 orang anaknya tiba. Berborak di tepi kereta sajalah sebab saya dah lama di rumah Adik dan dah nak balik. Nampaknya Adik dengan Siti tak bolehlah dok mengajar satu sekolah lagi ye..Tanya kenapa???Hehehe..kan dah jadi suami isteri, kena mengajar di lain-lain sekolah la kan..Apa-apapun, sekali lagi Kyong ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Adik dan Siti, didoakan semoga tabah menjalani kehidupan berumahtangga dan berkekalan hingga ke akhir hayat, mudah-mudahan..insyaAllah.









2 comments:

  1. Tahniah Ustaz Asrinizam, semoga perkahwinanmu berkekalan sehingga ke akhir hayat...

    ReplyDelete
  2. Salam tahniah buat asri dan isteri...dah kawin kau yer...ingat saya lagi tak? teman mp teruntum...nordiana....diana_ccob@yahoo.com

    ReplyDelete