Friday, March 7, 2008

Esok Pilihanraya

Melihat 'perang' poster-poster pilihanraya di merata-rata tempat, bahang panas pilihanraya kian terasa. Tinggal beberapa jam sahaja lagi semua warganegara Malaysia sepatutnya keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi memilih pemimpin yang akan menerajui tampuk pemerintahan negara..Undi masing-masing adalah rahsia, namun buatlah pilihan yang paling bijak dan tepat. Sejak dari pagi tadi sehinggalah lebih kurang pukul 1.00 tengahari tadi kami berkumpul di Dewan Tun Razak Temerloh membuat kerja-kerja penyemakan serta mempastikan bahan-bahan dan juga alatan yang akan digunakan semasa pilihanraya esok hari semuanya ada seperti yang terdapat dalam check list dan berada dalam keadaan yang baik serta sempurna. Di SK Batu Kapor, terdapat 6 saluran untuk mengundi dan saya bersama rakan-rakan yang lain akan bertugas di saluran 3. Esok, seawal pagi lagi kami perlu pergi semula ke Dewan Tun Razak untuk mengambil peti-peti undi serta peralatan yang patut ada bersama yang telahpun kami sediakan tadi. Seterusnya, kami akan menuju ke destinasi tempat untuk kami bertugas , diiringi dengan seorang anggota polis. Selamat mengundi buat semua warganegara Malaysia!!

1 comment:

  1. salam my commentis to write in english so that all the world will know and understand what you are writing,and to have an idea about your culture thanks any way i think you did a good job.god bless you.ghassan ghalayini from lebanon

    ReplyDelete