Saturday, February 16, 2008

Macam-macam...

Sejak 3 Januari hari tu, inilah baru dapat saya menulis semula di sini. Banyak perkara yang berlaku dan berlalu,tapi tak sempat saya kongsikan bersama di blog ini dek kerana tidak kecukupan waktu. Almaklumlah di awal-awal penggal persekolahan pula tu, memanglah macam ni. Beberapa peristiwa penting yang berlaku di sekolah saya seperti acara Merentas Desa dan juga Majlis Asyura, juga tidak sempat saya paparkan berita dan juga gambar-gambarnya di sini sebelum ini.Nah, sekarang saya paparkan beberapa keping gambar di sekitar Majlis Asyura yang diadakan di peringkat Sekolah Kebangsaan Batu Kapor baru-baru ini.



Tak ketinggalan,GPK HEM turut mengambil bahagian


Turut dibantu oleh Pengerusi PIBG

Tak penat ke ustaz..?



Rajinlah anak-anak murid cikgu ni ya...

Lepas ni nak masukkan bahan apa lagi Na,Kak Eshah dah menunggu tu...

Semalam baru saja balik dari bermesyuarat di Kuala Terengganu, bermula dari 11hb.Februari lagi. Sebelum ni di Kuala Lumpur, iaitu pada bulan Januari yang lalu. Cerita dan gambar-gambar di Kuala Lumpur hari tu pun masih belum sempat untuk saya paparkannya di sini. Inilah beberapa keping gambar yang sempat saya ambil. Tuan-tuan punya gambar,kalau nak,bolehlah copy di sini ,ok?




















Jejaka-jejaka ADA 103 ( dibaca cam ni: ada satu,kosong tiga...hehehe..)

Mesyuarat di K.Lumpur

Seriousnya...bincang apa tu..?





Semasa pergi ke Terengganu pada hari Isnin yang lalu, saya menaiki bas Transnasional di Terminal Bas Temerloh bersama Rohaya, sahabat yang sama-sama pergi bermesyuarat. Bas yang kami naiki tu yang tiketnya dah kami tempah awal-awal,sepatutnya bertolak pada pukul 9.00 pagi tetapi telah bertolak lewat dari masa yang yang sepatutnya. Dah la lewat bertolak, penyaman udaranya pulak rosak! Bayangkanlah, untuk perjalanan yang jauh dan entah berapa jam itu, bas bergerak tanpa penyaman udara. Oleh kerana tiada penyaman udara, pihak bas telah membuka ruang udara di bahagian bumbung bas, namun begitu ianya belum cukup untuk menyamankan kesemua penumpang di dalam bas tambahan pula terpaksa mengelak sana sini dari matahari yang memancar tepat ke muka melalui ruang udara yang dibuka itu.

Apabila sampai di Kuantan, hari telah semakin panas dan ruang udara yang kecil itu tidak dapat menampung haba yang yang semakin panas. Semua penumpang resah gelisah. Setelah diarahkan oleh pihak JPJ semasa bas behenti di Terminal Bas Kuantan untuk membaiki penghawa dingin bas, barulah pemandunya berinisiatif untuk membaiki penghawa dingin tersebut. Bas beberapa kali berlegar-legar di sekitar Semambu untuk mencari mekanik yang boleh membaiki penyaman udara bas tersebut. Saya dengan Rohaya gelisah melihat jam kerana pendaftaran bermula pada pukul 2.00 petang, sedangkan dalam pukul 1 lebih, kami masih berlegar-legar di Kuantan. kami juga kelaparan kerana tidak sempat untuk bersarapan pagi. Akhirnya, bas berpatah balik ke Indera Mahkota pula untuk mencari mekanik di situ, di samping kami penumpang semua boleh turun untuk makan tengahari. Akhirnya, kami lega kerana perut telah dapat diisi dan bas telah kembali sejuk. Bas pun meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Kami tiba di sana lebih kurang pukul 6.45 petang. Pada sebelah malam, semasa sesi taklimat, ingatkan kami sahaja yang ada masalah di perjalanan, rupanya Suhaimi yang datang dari Jempol,Negeri Sembilan telah pancit tayar keretanya di pertengahan jalan Jerangau - Jabor. Sorang-sorang pulak tu! Tak pe Mi, apa-apa hal pun kat perjalanan, ekau tu lelaki, tak takut pun...Tapi nasib baik tak terserempak dengan Pak Belang kat situ,kan?


Tiap-tiap petang lepas mesyuarat je, kami akan keluar. Terima kasihlah pada Maria. Maria memang orang KT dan keretanya memang ditinggalkan di kampung. Marialah yang membawa kami ke sana kemari. Ke Pasar Payang, Ke Batu Burok, Ke Pasaraya Mydin, semuanya kami pergi. Petang Khamis, Maria ada urusan keluarga, kami naik kereta Suhaimi pulak. Lagi sekali kami ke Pasar Payang dan ke Pasaraya Mydin. Beli batik, serunding, dan tak lupa kain tudung di Pasar Payang tu. Terasa kelakar bila teringat cerita Md.Nor yang berasal dari Sarawak apabila ke Pasar Payang. Md.Nor tak faham sepatah kata pun yang diucapkan oleh pekedai yang menawarkan barangan kepadanya. Kami yang bukan dari Sarawak ni pun kadang-kadang ada perkataan yang tidak difahami, apatah lagilah Md.Nor yang datang dari Sarawak! Sebelum balik ke hotel, petang tu kami dibelanja makan keropok lekor rebus di Losong oleh Cikgu Johan. Cikgu Johan pun sama dengan Maria, orang Terengganu, jadi tahulah dia membawa kami makan keropok lekor yang sedap sehingga malam tu kami tidak makan malam di hotel.Terima kasih Cikgu Johan...


Pada sebelah malamnya,selesai mesyuarat dan taklimat penutup, kami keluar sekali lagi setelah mendapat mesej Kak Nurul yang menyuruh kami keluar untuk melihat keindahan Masjid Kristal pada waktu malam. Kak Nurul ketika itu dalam dalam perjalanan pulang ke Kedah. Setelah sesat jalan(Md.Nor kata bukan sesat, salah jalan je..)untuk seketika, kamipun akhirnya tiba di Taman Tamadun Islam yang belum siap sepenuhnya itu. Tidak dinafikan, memang cantik Masjid Kristal tu. Dek kerana asyik sangat melihat kubah masjid yang bertukar-tukar warna itu, saya terlupa merenung dan melihat apa yang ada di bawah. Betul seperti kata orang, kalau melihat bintang yang tinggi, jangan lupa pada rumput di bumi. Saya tersalah pijak dan kaki saya terpelecok. Walaupun terasa sakitnya, saya tetap juga berjalan dan mengambil beberapa keping gambar. Setelah makan dan minum sedikit, kamipun pulang ke hotel. Dua kali berhenti di Seven Eleven dan Rohaya turun untuk mencari bandage bagi membalut kaki saya, tetapi yang ada cuma Salonpas sahaja. Salaonpas pun salaonpas lah, lepas bersihkan kaki dan rendam sekejap dengan air panas dalam tab mandi, sayapun tampalkanlah dengan salaonpas tu. Namun kaki semakin sakit dan berdenyut-denyut yang tidak terkata. Sakit yang teramat sangat! Saya menahan kesakitan sehingga berpusing-pusing di atas katil. Akhirnya saya tanggalkan salonpas tu dan mungkin saya terlelap lebih kurang pada pukul 4.00 pagi. Sebentar kemudian saya tersedar semula dan saya terpaksa berpaut kepada apa sahaja untuk sampai ke bilik air. Sakitnya tak terkira. Esoknya suami saya sampai bersama dengan tukang urut yang di bawanya dari Temerloh. Ya Allah ya Tuhanku,sakitnya tidak terkata semasa Pak Din tukang urut tu mengurut kaki saya. Berpeluh-peluh sehingga meleleh air mata saya menahan kesakitan. Akhirnya, dapatlah saya keluar dari bilik hotel itu walaupun dalam keadaan yang masih terhencot-hencot tanpa berpaut kepada sesuatu untuk berjalan seperti pada sebelah malamnya. Dan pada hari ini, saya seharian tertidur kerana mengantuk yang teramat sangat tambahan pula kaki yang masih sakit. Saya juga tidak menghadiri kelas PJJ saya pada hari ini kerana kelas saya semuanya terletak di tingkat satu ke atas.


Besarnya gelak ekau, Mi..


Kak Nurul


Eh,eh..GB ke waiter ni?Hehe..jangan marah..

Sempat menonton tarian naga yang buat pertunjukan di lobi hotel


Suhaimi Dan Md.Nor di hadapan pintu Masjid Kristal

Unik dan indah








No comments:

Post a Comment