Thursday, December 13, 2007

Dapat anak saudara yang terbaru..Nur Ahdia Izyan Ibrahim

Setelah 25 hari kelahiran anak saudara saya yang ke 12,Nur Ahdia Izyan Ibrahim, barulah saya berkesempatan menjenguk dan melihat rupanya yang comel ini di Bukit Jelutong Shah Alam.Ahdia dilahirkan di Subang Jaya Medical Centre pada 16hb November yang lalu melalui pembedahan.





Walaupun tidak semua adik beradik dan anak beranak yang berkumpul, setelah agak lama bercuti, baru inilah kami dapat berkumpul ramai-ramai termasuklah emak dan ayah yang datang dari Perak.Kalau dah berkumpul ramai-ramai ni tahu-tahu sajalah,dengan keadaan cuaca dingin dan lembabnya,aktiviti atau agenda utama yang dilakukan oleh adik-beradik dan anak beranak ni tak lain dan tak bukan dah tentulah makan-makan, menonton televisyen dan bermain.

No comments:

Post a Comment