Thursday, December 13, 2007

Banjir di Mentakab Dan Temerloh

Nampaknya banjir paling buruk telah melanda Temerloh.Kejadian seumpama ini difahamkan telahpun berlaku pada 36 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1971..Saya belum lagi menjejakkan kaki ke sekolah pada masa itu, dan bukannya berada di sini kerana Perak adalah tempat asal saya.Keadaan ini telah menyebabkan begitu ramai sekali penduduk yang terpaksa meninggalkan rumah masing-masing dan mendapat perlindungan sementara di pusat-pusat pemindahan banjir.Pagi tadi saya mendapat emel yang menyertakan beberapa keping gambar Bandar Mentakab yang mula ditenggelami air.






Walaupun tempat tinggal saya di Perak sana jarang mengalami banjir, tetapi rumah ibu saya pernah mengalaminya.Oleh itu saya amat memahami perasaan orang yang ditimpa masalah banjir ini.Habis harta benda musnah.Inilah dugaan dari Allah, semoga tabah menghadapinya.Hidup perlu kita teruskan...Semoga masalah banjir ini cepat berakhir dan mangsa banjir semua dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Gambar-gambar yang bertarikh 12hb Disember telah diambil semalam manakala selebihnya adalah gambar-gambar yang diambil pada pukul 11.30 pagi tadi.

2 comments:

  1. Banjir awal tahun 1971 memang amat teruk. Waktu itu saya nak melangkah ke tingkatan lima tetapi terpaksa ditangguhkan kerana semua jalan terputus. Kami penduduk kampung sepanjang dari Chenor hingga ke Pejing pindah ke bukit. Ayah saya buat pondok. Kami macam orang pelarian. Saya seronok dapat main perahu, makan kelapa muda dan paling seronok tak pergi sekolah, cuti sambung dua minggu lagi. Yang sedihnya ialah nampak banyak rumah hanyut di bawa arus di tengah sungai. Banjir belum surut sepenuhnya tetapi ayah saya suruh saya pulang ke asrama. Saya kata sekolah belum buka tetapi ayah tetap dengan pendiriannya. Kami naik perahu kecil dari Kampung Pesagi berkayuh hingga ke Kampung Paya Pasir dan terus hingga ke Simpang Jengka. Saya naik bas dari situ ke Kuantan. Kiri kanan jalan air masih melaut. Bila sampai di asrama, hanya ada enam orang sahaja. Cikgu kata kami tak perlu pergi sekolah, kami makan tidur aja di asrama SMART 2, Alor Akar, Kuantan. Tiap-tiap hari kami makan nasi lauk sardin, oh sedapnya. Dua minggu kemudian baru pergi sekolah. Kami pakai apa yang ada aja. Duit belanja pun tiada, alas kadar aja. Nasib baik kerajaan ada beri bantuan pakaian dan buku. Itu sedikit perkongsian banjir awal tahun 1971. Sebenarnya hujung tahun 1971 berlaku banjir lagi tetapi tidaklah sebesar awal tahun itu. Saya ada cerita yang menarik, nanti lain kali.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Encik Yahya..thanks kerana berkongsi cerita..Kalau sudi,lain kali dipersilakan berkongsi lagi di sini..

      Delete