Saturday, December 15, 2007

Lagi Cerita Banjir Di Temerloh.

Alhamdulillah, mengikut suratkhabar hari ini keadaan banjir telah semakin pulih walaupun hujan masih turun di luar sana. Air telah semakin surut.Walaupun saya tinggal di bandar Temerloh, saya dan penduduk yang lain di taman tempat kami tinggal ini bersyukur kerana tidak terlibat dengan banjir. Namun begitu, kami tetap menerima tempiasnya. Selama dua malam hampir semua tempat di bandar Temerloh bergelap kerana terputus bekalan elektrik. Dalam pada itu terdapat juga sesetengah kawasan yang mengalami gangguan bekalan air.Saya langsung tidak dapat melayari internet apatahlagi untuk memasuki laman blog saya ini menyebabkan gambar-gambar banjir di sekitar bandar Temerloh yang saya paparkan di sini sudah tidak panas lagi. Cuaca masih mendung, saya harap banjir ini cepat berhenti. Lihatlah gambar-gambar yang saya paparkan di sini. Stadium Temerloh dah jadi macam padang polo air; kuarters perumahan pekerja TNB di tenggelami air aras yang di bawah sekali; begitu juga dengan perumahan yang bertentangan dengannya. Sebahagian besar tapak Pekan sehari Temerloh juga ditenggelami air.Kepada yang kehilangan ahli keluarga akibat banjir, takziah dari saya manakala yang lain-lain tu, tolonglah berhati-hati. Jangan jadikan keadaan banjir ni sebagai tempat pesta bermain air.

No comments:

Post a Comment