Sunday, December 23, 2007

Aidil Adha Dan Korban

Masih belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha walaupun hari ni telah masuk 13 Zulhijah. Raya kali ini, saya bersama keluarga hanya beraya di Temerloh sahaja.Kami tidak pergi ke mana-mana walaupun balik ke kampung saya di Perak. Tidak banyak persiapan yang saya buat. Kuih muih pun serba sedikit hanya saya beli sahaja, dan juadah pada pagi raya pula saya menyediakan nasi minyak berlaukkan ayam masak merah. Alhamdulillah, tahun ni saya dapat menyertai ibadah korban bersama 20 orang sahabat saya yang lain.Kami menjalankan majlis korbannya di tepi padang SK Batu Kapor,Mentakab. Saya bersimpati dengan kebanyakan daripada penduduk kampung di situ kerana mereka baru sahaja ditimpa musibah banjir. Bukan sedikit harta benda yang musnah, namun itulah ketentuan Allah S.W.T dan saya harap mereka dapat menerima dugaan ini dengan hati yang cekal dan tabah. Semasa saya masuk ke kampung ini semalam untuk ke sekolah, kelihatan penduduk kampung sedang membersihkan rumah masing-masing. Berbalik kepada cerita korban,majlis korban sepatutnya bermula pada pukul 8 pagi. Tepat jam 8 pagi,saya dan keluarga telahpun berada di kawasan sekolah. Sekian lama menunggu, bayang lembu yang hendak dikorbankan pun masih tak nampak lagi, cuma ada seekor yang di hadiahkan oleh YB Shakar (DUN Lanchang) untuk penduduk Kampung Batu Kapor. 3 ekor lembu lagi entah berada di mana. Ketua majlis yang menguruskan lembu-lembu yang hendak dikorban, nampak gelisah ke hulu dan ke hilir serta menelefon entah berapa kali menanyakan lembu yang tidak kunjung tiba. Berpeluh nampaknya Tn. Hj Adnan apabila di tanya di mana gerangan lembu-lembu yang hendak disembelih bersama jawapan yang entah berapa kali diulangnya iaitu 'dalam perjalanan'! Saya dan sahabat-sahabat yang mengambil bahagian korban risau juga sebab semalam adalah hari terakhir.Terfikir juga kalau lembu-lembunya sampai melepasi waktu zohor dan upacara korban terpaksa dibatalkan.Akhirnya, dalam pukul 11.30 pagi, lembu-lembu untuk korban itupun sampai dengan sebuah lori kecil.

Pengerusi PIBG dan ahli-ahlinya

Kerja-kerja mengagihkan daging

Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyumbangkan makanan dan minuman di majlis itu terutamanya Kak Midah dan Ustazah Zabedah dan juga Kak Memek dan keluarganya walaupun Kak Memek baru sahaja ditimpa musibah banjir. Tidak lupa juga kepada Teh, Nida, Sharah dan juga Ustazah Zabedah yang sibuk menimbang dan membahagikan daging-daging korban tersebut. Akhir sekali, saya ucapkan terima kasih tak kira kepada siapa yang sama-sama telah menjayakan majlis tersebut terutamanya kepada Tn. Imam Kamarulzaman yang telah menyempurnakan penyembelihan keempat-empat ekor lembu. Semoga kita dapat berkumpul lagi bagi menjalankan ibadah yang sama di masa-masa yang akan datang.

Ustazah Zabidah dan Puan Hamidah

Sharah Dan Nida

Adik Sarah Dan Adibah

No comments:

Post a Comment